• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hrithik Kalahkan SRK Aktor Terseksi Bollywood

oleh
12/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUMBAI – Pelakon tampan, Hrithik Roshan dipilih sebagai aktor paling seksi Bollywood, demikian menurut laporan portal Astro Awani memetik hasil undian laman Bollywoodlife.

Dengan kemenangannya ini, Hrithik Roshan mengalahkan Shah Rukh Khan sekali gus aktor yang juga dikenali sebagai ‘King Khan’ itu terpaksa akur jatuh ke tempat kedua pula.

Menerusi undian di laman Bollywoodlife itu, Hritik menjadi pilihan antara 10 nama bintang popular tempatan lain di India khususnya dalam industri filem Bollywood.

Hrithik berjaya mendapat 42 peratus undian manakala Shah Rukh Khan ketinggalan agak jauh di belakangnya dengan 21 peratus undian.

Tempat ketiga pula menjadi milik aktor Salman Khan yang kalah tipis kepada Shah Rukh Khan. Beliau mendapat kurang dua peratus undian sahaja daripada ‘King Khan’ itu.

Namun, menurut laman Bollywoodlife, pemilihan Hrithik memang tidak mengejutkan ramai peminat kerana pelakon berusia 43 tahun tersebut mempunyai segala ‘pakej lengkap’.

Penampilan hariannya juga sering mendapat pujian pengikut menerusi laman sosial selain kemantapan filem lakonannya yang selalu mendapat kutipan box-office, lapor Astro Awani.

Selepas Kaabil mendapat kutipan pecah panggung pada 2017, kini peminat sedang menantikan kemunculan Hrithik dalam dua lagi filem terbaharu, iaitu Krissh 4 dan Super 30. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodHrithik RoshanShah Rukh Khan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

02/11/2021
0

MUMBAI - Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road di Mumbai, India hari ini berikutan pembebasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd