• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Inklusif Dan Menyeluruh

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada 27 Okt lepas, adalah “Bajet Inklusif dan Menyeluruh”.

“Ini adalah kerana Bajet 2018 menyentuh keperluan dan kehendak setiap lapisan masyarakat, tiada yang tertinggal.

“Daripada golongan B40, M40, T20, kepada pesawah, petani, pekebun kecil, nelayan, warga emas, orang kelainan upaya, guru agama, para pelajar, malah anak yang belum lahir pun ada peruntukan yang tersedia untuk mereka,” katanya dalam catatan terbaru di laman rasmi NajibRazak.com hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2018 telah diberi gelaran pelbagai nama antaranya ibu segala bajet, bapa segala bajet dan bajet pilihan raya.

Perdana menteri dalam pada itu berkata beberapa siri temu bual pasca bajet akan disiarkan di laman media sosial beliau bersama beberapa personaliti yang arif berkenaan topik-topik Bajet 2018 yang menyentuh keperluan ramai rakyat Malaysia bagi menerangkan dengan lebih terperinci inisiatif dan peruntukan bajet itu.

“Saya percaya melalui siri temu bual ini juga, semua akan dapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci mengenai rasional di sebalik setiap pengumuman, selain juga manfaat yang dibawa melalui pengumuman-pengumuman tersebut,” katanya.

Bajet 2018 memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion, yang menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2017.

Daripada jumlah tersebut, RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, dan RM 46 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kejam! Rebus Bayi, Beri Anjing Makan

Next Post

2 Termasuk Wanita Indonesia Ditahan Bantu Kes Bunuh

Related Posts

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

12/12/2017
0

KANGAR - Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri...

Bajet: Terengganu Fokus Kurangkan Kos Sara Hidup

12/12/2017
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu hari ini yang membentangkan Bajet 2018 menampilkan empat tunjang utama yang menyentuh keperluan segera dan keutamaan...

Next Post

2 Termasuk Wanita Indonesia Ditahan Bantu Kes Bunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd