• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagu Banyak ‘Dislike’,Aliff Cuba Pujuk Isteri Ganti Sajat

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDIH apabila video lagu Abang Nak Tegur menerima 240,823 dislike berbanding 31,948 ‘likes’ meskipun video lirik lagu itu telah ditonton sebanyak 2,940,869 kali, Dato’ Seri Aliff Syukri akhirnya memujuk kepada isterinya agar menyanyikan semula lagu tersebut.

BACA: Video Single Dapat 60k ‘Unlikes’, Ini Sebabnya

BACA: Keluar Lagu, Vokal Sajat ‘Potong’ Mood Netizen?

Dedah Aliff, sebenarnya beliau telah mencuba banyak kali untuk memujuk isterinya, agar menggantikan tempat Nur Sajat.

“Puas dah pujuk, tak tahu nak pujuk macam mana dah nak suruh Shahida nyanyi lagu Abang Nak Tegur. Kalau boleh, nak suruh dia datang ke Spain,” katanya.

“Yang, tolonglah yang. Bie dah tak tahulah, pening kepala. Dahlah buat kerja penat-penat, shooting sana sini, video di YouTube tu orang asyik dislike je,” katanya kepada kamera.

Aliff gigih memujuk isterinya. Datin Shahida agar menggantikan tempat Sajat dalam lagu duet mereka
Aliff Syukri dan Nur Sajat sedang menjalankan penggambaran klip video Abang Nak Tegur di Sepanyol dan Turki.

“Aku dah penat dah susah-susah nyanyi pergi ke Spain, tapi orang tekan dislike. Minta tolong, tolonglah nyanyi lagu ini dengan Bie. Tak tahu apa masalah dengan diorang,” katanya kepada seseorang yang berada di dalam biliknya ketika itu.

“Tolonglah yang. Entahlah, kita dah spent banyak, berjuta-juta tapi impak tak ada dan orang dislike,” katanya lagi.

Turut kelihatan cuba memujuk Aliff ialah pelakon terkenal yang merangkap pembantu pengarah klip video tersebut, Lisa Surihani.

“Tak apa, kalau ada idea. Memang orang bagi suggestion untuk masukkan Datin sekali dalam lagu tu kan?” kata Lisa.

Sementara itu,di Instaagram Datin Shahida pula berkata, dia akan mempertimbangkan rayuan suaminya itu.

“Pandai tau dia guna Lisa Surihani untuk pujuk saya. Nasib baik Lisa comel. Nanti kita fikir-fikirkan dulu ya, nak nyanyi ke tidak,” katanya.-MYNEWSHUB.CC

Tags: abang nak tegurDatin ShahidaDato' Aliff SyukriNur Sajat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terengganu Peruntuk RM8.7j Persiapan SUKMA 2018

Next Post

‘Baitulmaqdis Ibu Kota Israel Sejak 3,000 Tahun Lalu’

Related Posts

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

Akhirnya Sajat Mengaku Transgender

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mengakui mengenai status dirinya seorang transgender. Pengakuan berani dan...

Next Post

‘Baitulmaqdis Ibu Kota Israel Sejak 3,000 Tahun Lalu’

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd