• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Zakat Harta Di Melaka Meningkat 31.68%

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kutipan zakat harta di Melaka mencatat peningkatan 31.68 peratus dengan kutipan lebih RM70.68 juta bagi tempoh Januari hingga 7 Dis lalu, berbanding lebih RM53.67 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Zakat Melaka (ZM) dalam kenyataan hari ini, berkata bilangan pembayar zakat turut mencatat peningkatan 7.10 peratus kepada 40,963 orang pada tahun ini, berbanding 38,249 dalam tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah berkenaan, zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi, lebih RM38.51 juta dengan sejumlah 31,299 pembayar zakat, manakala kutipan terendah melibatkan zakat pertanian sebanyak RM33,021.80 dengan 96 pembayar zakat.

“Selain itu, zakat wang simpanan lebih RM12.03 juta dibayar oleh 6,225 pembayar, zakat perniagaan lebih RM18.63 juta dibayar 1,956 peniaga dan zakat saham RM802,204.09 dengan 413 pembayar.

“Bagi zakat emas perak pula sebanyak RM602,167.59 dengan 935 pembayar, zakat ternakan RM62,847 dengan 39 pembayar,” menurut kenyataan itu dikeluarkan ZM pada Majlis Penyerahan Zakat Agensi Korporat yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka Datuk Yaakub Md Amin.

Pada majlis itu, agensi korporat menyerahkan zakat kepada ZM dengan jumlah keseluruhan lebih RM1 juta, yang diserahkan wakil agensi berkenaan kepada Idris.

Agensi terlibat adalah QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd dengan bayaran zakat RM213,817.58; Pertubuhan Peladang Kebangsaan (RM209,451.65); Rakyat Holdings Sdn Bhd (RM150,000); Fazil Group (RM120,199); Fazil Agency (RM100,199) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (RM100,000).

Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad (RM55,175.83); Perbadanan Kemajuan Tanah Negeri Melaka (RM50,000); DMDI Finance House Berhad (RM25,000); Kolej Universiti Agrosains Malaysia (RM20,000) dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad (RM20,000).

Kenyataan itu turut menyebut zakat fitrah juga mencatat peningkatan sebanyak 3.44 peratus kepada lebih RM3.84 juta berbanding RM3.71 juta bagi tahun lepas, melibatkan 573,483 pembayar zakat. – BERNAMA

Tags: Zakat Harta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd