• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Anggar Kerugian RM7.5j Tahun Ini

oleh AK-47
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menganggarkan kehilangan hasil laut sebanyak RM7.5 juta akibat aktviti nelayan asing yang menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata kehilangan hasil akibat pencerobohan nelayan asing memang sukar diketahui dengan tepat.

“Namun, mengikut perkiraan atau anggaran kita berdasarkan tangkapan dan lelongan yang dibuat serta satu sistem yang kita pantau melalui Mobile Tracking Unit (MTU)…daripada kedua-dua kaedah itu kita anggarkan kerugian ialah sebanyak RM7.5 juta,” katanya.

Muhammad Pehimi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mengenai isu berkenaan dalam sesi soal jawab lisan di persidangan DUN hari ini. Soalan Abdul Hadi dibacakan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam).

Mengulas mengenai langkah kerajaan untuk mengatasi pencerobohan itu, Muhammad Pehimi berkata semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan saling bekerjasama membanteras pencerobohan nelayan asing.

“Selain Jabatan Perikanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis marin, Jabatan Taman Laut dan lain-lain agensi sentiasa memantau perkara ini secara berterusan.

Malah, penglibatan nelayan yang menjadi sukarelawan juga amat menggalakkan sehingga kini, mencapai 1,000 orang antaranya Program Sukarelawan Perikanan (SUPER), Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) dan sukarelawan bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang dikenali sebagai Sahabat,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) sama ada kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan tukun tiruan terutama yang bersaiz 12 tan sebagai salah satu usaha menghalang pencerobohan itu, Muhammad Pehimi berkata perkara itu memang dalam perancangan kerajaan negeri setelah menerima peruntukan sebanyak RM300,000 melalui Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Okt lepas.

“Memang kita tak nafikan struktur binaan tukun tiruan ini boleh merosakkan pukat tunda milik nelayan asing dan sepanjang tempoh dari 2006 hingga 2017, sebanyak 143 tukun tiruan telah dilabuhkan di perairan Terengganu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Muhammad Pehimi Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20,300 Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Loh, Dungun

02/04/2018
0

DUNGUN - Sebanyak 20,300 ekor benih ikan dilepaskan di Sungai Loh, Dungun hari ini bagi memastikan sumber pendapatan nelayan sungai...

Anak Terengganu Tak Mempunyai Status Kerakyatan

08/01/2018
0

BESUT - Rakyat Terengganu yang masih tidak mendapat status kerakyatan negeri kerana dilahirkan di hospital di Kota Bahru, Kelantan boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd