• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemancing Hilang Selepas Bot Karam

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pemancing yang hilang selepas bot mereka karam, kira-kira 500 batu nautika dari Batuan Tengah, dekat Kota Tinggi, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Wilayah Selatan Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata kedua-dua pemancing lelaki itu dikenal pasti sebagai Tan Soon Heng, 35 dan Chan Chong Kuok, 51, kedua-duanya berasal dari bandar raya ini.

“Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan SAR sejurus menerima laporan daripada Abu Bakar Maritime Base (ABMB), Batu Tengah, yang melihat sebuah bot karam bersama dua mangsa yang sedang berpaut pada bot tersebut, pada 4.20 petang semalam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sanifah berkata sebuah bot peronda APMM kemudian digerakkan ke lokasi berkenaan bagi membantu menyelamatkan mangsa, namun, mendapati bot tersebut telah karam sepenuhnya manakala dua mangsa yang dikatakan berpaut pada bot tersebut gagal dijumpai.

Beliau berkata keadaan laut dilaporkan bergelora ketika kejadian karam terbabit berlaku.

Katanya operasi SAR yang diteruskan hari ini melibatkan aset APMM, Pasukan Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan seramai 30 anggota pasukan penyelamat.

Katanya APMM memandang serius terhadap sebarang kecemasan di laut dan sentiasa mengambil langkah dan inisiatif yang terbaik dalam usaha mengurangkan kadar kehilangan nyawa di laut.

“Orang ramai terutamanya komuniti maritim dinasihatkan supaya sering mengambil langkah persediaan awal ke laut bagi menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan di laut memandangkan cuaca pada masa kini yang tidak menentu,” katanya. – BERNAMA

Tags: bot karamPemancing Hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

22 Maut Bot Karam Di Pantai Madagascar

13/03/2023
0

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 22 pendatang maut apabila bot mereka karam di luar pantai Madagascar, lapor pihak berkuasa maritim. Ikuti Mynewshub: Telegram Pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd