• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat, Sepang Pada Rabu

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama dua hari bermula Rabu ini, berikutan kerja-kerja penyambungan jajaran paip dalam pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Jenderam Hilir, Sepang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Siti Zubaidah Zakaria berkata gangguan bekalan air itu akan bermula 9 pagi Rabu hingga 5 petang keesokannya.

Gangguan bekalan air itu meliputi 132 kawasan di Hulu Langat iaitu Bandar Rinching Seksyen 2; Bandar Rinching Sek 4; Bandar Tasik Kesuma; Bangi Golf Resort; Bangi Utama Shopping Complex dan kawasan komersil Medan Bangi; Hentian Kajang; Kawasan Perindustrian Seksyen 13, Bandar Baru Bangi; Kawasan Perindustrian Selaman dan Miel Bangi di Seksyen 10 dan Kawasan Perniagaan Nilam.

Kawasan lain ialah Kampung (Kg) Baru Cina Semenyih; Kg Baru Sg Chua; Taman Berjaya; Taman Berjaya Baru, Sg Chua; Taman Berjaya, Sg Jelok; Taman Bidara, Sg Chua; Taman Bukit Mewah 1, 2, 3 dan 4; Taman Bukit Cantik, Sg Jelok; Taman Bukit Kajang; Taman Bukit Kajang Baru; Taman Bukit Kenangan; Taman Hijau; Taman Hill Park; Taman Indah, Sg Jelok; Taman Intan Kajang; Taman Kajang Perdana; Taman Kajang Prima; Taman Kajang Raya; Taman Kajang Raya, Jalan Bukit dan Taman Megah, Sg Jelok.

Turut terlibat Taman Pasir Emas; Taman Persiaran Bukit Mewah; Taman Putra Kajang; Taman Restu; Taman Ria, Sg Jelok; Taman Rinching Indah; Taman Saga Emas; Taman Sahabat; Taman Sakap; Taman Semarak; Taman Sg Jelok; Taman Sri Mewah; Taman Sri Antan; Taman Sri Jelok, Taman Sri Langat; Kg Pasir Baru Semenyih; Kg Rinching Hulu; Kg Rinching Tengah; Kg Sentosa Semenyih; Kg Sg Kantan; Kg Sg Ramal Dalam; Kg Sg Tangkas; Kg Sri Tanjong Semenyih; Kg Teras Jernang; Kg Sg Pening; Klinik Kesihatan Kajang; Mutiara Bangi, Bandar Baru Bangi; Bandar Kajang; Plaza Tol Bangi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan Pusat Komersil Seksyen 8 dan 9, Bandar Baru Bangi.

Kawasan lain ialah Pusat Tahanan Imigresen Semenyih; Reko Sentral; Rumah Murah PKNS, Bangi; Rumah Murah PKNS Batu 1, Semenyih; Sekolah Teknik Kajang; Sekolah Tinggi Kajang; Taman Bukit Mewah Fasa 9 dan 10, Taman Bukit Mutiara; Taman Bukit Permai; Taman Bukit Ria; Taman Bukit Semenyih; Taman Jasmin; Taman Jaya 2; Taman Jelita; Taman Jelok Impian; Taman Jelok Indah, Taman Jelok Ria, Taman Kajang Ria; Taman Kajang Sentral dan Taman Kajang Utama.

Turut terlibat kawasan Taman Kantan Permai; Taman Minang; Taman Semenyih Mewah Fasa 2, 3, 4 dan 5; Taman Sentosa, Sg Jelok; Taman Sepakat Indah; Taman Seri Bangi, Seksyen 8; Taman Seri Damai; Taman Seroja, Jalan Reko; Taman Sg Emas; Seksyen 1, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 4, Seksyen 4 Tambahan, Seksyen 5 Tambahan, Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 9, Seksyen 15 dan Seksyen 16 di Bandar Baru Bangi.

Kawasan lain di Hulu Langat ialah Taman Alam Sari; Taman Anggerik Perdana; Taman Anggerik Villa; Taman Angkasa Indah; Taman Asa Jaya; Taman Bangi; Taman Bangi Estate; Taman Bangi Jaya; Taman Desa Kenanga; Taman Desa Mewah; Taman Desa Mutiara; Taman Desa Ros Kajang; Taman Kajang Baru, Sg Jelok; Taman Kajang Impian; Taman Kajang Indah; Taman Kajang Mewah; Taman Kajang Mulia; Taman Koperasi LLN; Taman Maju; Taman Maju 1, Sg Jelok; Taman Maju 2; Taman Nadayu; Taman Taming Emas; Taman Tenaga; Taman Tropika Sg Tangkas; Taman Universiti; Taman Villa Height; Taman Villaraya; Taman Vista Emas, Sg Tangkas; Taman West Country, Seksyen 5; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Lingkungan 1 dan UKM Lingkungan 2.

Sementara itu, 13 kawasan di Sepang yang terjejas ialah seluruh Desa Putra; seluruh Desa Saujana; Desa Sentosa; Desa Damai Jalan Aman; Jalan Utama MPI, RHB dan kawasan sekitar; Teras Jernang; Sungai Merab (Luar, Dalam dan Hulu); Abu Bakar Baginda; Sungai Merab; Jalan Air Hitam; Seksyen 11, Bandar Baru Bangi; Kawasan Industri Presint 14, Putrajaya dan Limau Manis.

Orang ramai dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada tarikh berkenaan dan pihak SYABAS berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja penyambungan secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini gangguan itu, pengguna boleh layari laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”.

Sementara itu, bermula Januari ini SYABAS akan memperkenalkan sistem e-bil dan orang ramai diminta mengemas kini maklumat pengguna di http://update.airselangor.com untuk menerima e-bil mereka. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan AirSyabas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd