• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar ‘Time Over’ Apa?

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail membidas penyokong Pakatan Harapan yang mendakwa masa untuk suaminya itu dalam arena politik telah berakhir.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen malah mengingatkan suaminya masih relevan hingga hari ini dan jangan ada sesiapa berkata bahawa masa untuk Anwar dalam politik telah tamat atau “time over”

“Anwar masih relevan walau tidak bersama kita. Kalau fikirkan antara Mahathir dengan Anwar.. ‘time over’ apa?,” katanya dalam satu program anjuran pembangkang baru-baru ini.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh dalam pada itu berkata, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tetapi Pakatan Harapan ada Parti Amanah Negara (PAN)

Katanya, beliau pernah ditanya wartawan akhbar Cina adakah tiada golongan Islamik dalam Pakatan Harapan selepas ketiadaan PAS dan beliau menjawab, Islam yang progresif dan mempunyai visi kini bersama Pakatan Harapan.

Dakwa beliau, PAN sebenarnya adalah sudut Islam progresif dalam PAS yang meninggalkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan kerana mahu terus bekerjasama dengan PKR.

“Saya kata Islam progresif dan ada visi bersama kita. PAN dengan progresifnya dan visinya. `Islamic preduntial’-nya memang kuat. Saya juga nak ingatkan bahawa PAN adalah mereka yang ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz.

“Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah (berpisah) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebab itu PAN keluar (PAS) kerana kekangan kerjasama (untuk) reformasi,” dakwanya.

Wani Azizah seterusnya membidas UMNO kerana `menyerang’ DAP dalam perhimpunan agung parti terbesar kaum Melayu tersebut.

Beliau turut membidas golongan agama yang menyatakan banjir terbesar dalam sejarah Pulau Pinang baru-baru ini disebabkan perbuatan DAP mengata PAS.

“Ada ustaz kata tegur PAS sebab tu Pulau Pinang kena (banjir), Kelantan ada tegur PAS tak, banjir tak?,” katanya disambut gelak tawa penyokong Pakatan Harapan. – Mynewshub.cc

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

Produk Kopi, Biskut Ditarik Balik Serta-Merta, Sijil Halal Dibatalkan

03/04/2026
0

MELAKA – Semua produk kopi dan biskut daripada dua syarikat pengeluar tempatan diarahkan ditarik balik dari pasaran serta-merta selepas sijil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd