• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sibuk Tangkis Tohmahan Sampai Lupa Kejayaan

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO diingatkan supaya tidak alpa sehingga terlupa untuk menceritakan kejayaan yang dicapai kerajaan dalam kesibukan menangkis tohmahan pembangkang, bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata adalah penting untuk anggota UMNO menguar-uarkan kejayaan kerajaan masa kini terutamanya berkaitan ‘Najibnomics’ dan juga ‘Najibplomatik’ yang dinikmati rakyat negara ini.

‘Najibnomics’ adalah pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dalam menangani masalah ekonomi yang membawa perubahan dan kejayaan besar kepada negara walaupun ekonomi dunia dilanda pelbagai masalah, manakala ‘Najibplomatik’ merupakan suatu prinsip berkecuali yang menekankan hubungan seimbang antara dua negara.

“Kerja keras yang perlu digandakan oleh ahli UMNO pada hari ini ialah memberi penjelasan kepada rakyat. Sebagai anggota UMNO dan pendukung BN jangan sekali-kali cuai dan leka dalam menerima pelbagai tohmahan dan ‘fake news’ ciptaan pihak pembangkang,” katanya semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata melalui ‘Najibplomatik’, kesan positif dasar antarabangsa Presiden UMNO itu dapat dilihat apabila negara membuat pilihan untuk kekal berkecuali dan berkawan dengan semua pihak.

“Najibplomatik bukan sahaja mampu mewujudkan suatu persekitaran politik yang aman pada peringkat serantau tetapi turut memberikan kesan yang baik terhadap ekonomi negara kita.

“Ketegasan yang yang ditunjukkan oleh Presiden dalam isu terkini di Baitulmuqaddis, jelas ‘Najibplomatik’ juga didasari oleh prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat… inilah manifestasi politik wasatiah yang menekankan kesederhanaan dan keseimbangan,” katanya.

Mas Ermieyati berkata sejak membentuk kerajaan persekutuan, UMNO bukan sahaja memayungi dan membela nasib orang-orang Melayu tetapi turut menjadi tempat berteduh pelbagai kaum di Malaysia berpaksikan mentaliti Negaraku sehingga saat ini.

Justeru, katanya Puteri UMNO bertekad untuk terus menyantuni pengundi muda wanita berumur 40 tahun ke bawah terutama pengundi kali pertama dengan menggerakkan lebih 65,000 petugas jentera pilihan raya bagi memastikan BN terus memerintah negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati SamsudinPerhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

13/12/2018
0

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd