• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Denggi Di Kelantan Menurun 57 Peratus Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kes denggi di Kelantan mencatat penurunan 57 peratus kepada 2,455 kes pada tahun ini, berbanding 5,742 kes pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata kes kematian akibat denggi juga mencatat penurunan dengan dua kematian setakat minggu ke-48 tahun ini, berbanding ​​​​​10 kematian tahun lalu.

“Penurunan kes berkaitan denggi amat membanggakan kerana ia jelas menunjukkan kerjasama antara pelbagai jabatan dan orang ramai membuahkan hasil.

“Bagaimanapun, kes berkaitan denggi boleh kembali meningkat jika penduduk kembali kepada tabiat lama dengan tidak mementingkan kebersihan kawasan persekitaran kediaman mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Gotong Royong Perdana Kali Ke-2 di Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Jabatan kesihatan Kelantan tidak menerima sebarang laporan berkaitan penyakit terbabit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir lalu.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Razin berkata kerajaan sedang membina sebuah klinik kesihatan jenis 3 di Gual Tinggi, Pasir Mas bagi menggantikan Klinik Kesihatan Rantau Panjang yang sering ditenggelami banjir ketika musim tengkujuh.

Beliau berkata kos pembinaan klinik baharu itu menelan belanja sekitar RM30 juta dan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-11. – BERNAMA

Tags: Kes Denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petaling Jaya, Cheras, Banting, Nilai Dan Seremban Catat Bacaan IPU Tidak Sihat

Kes Denggi Dijangka Melonjak Naik Hujung Tahun Ini – KKM

03/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Kes demam denggi dijangka naik mendadak mulai hujung tahun ini, berdasarkan trend kes sejak 10 tahun lalu, menurut...

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

Kes Denggi Di Perlis Terus Meningkat

20/07/2023
0

KANGAR: Kes demam denggi di Perlis terus menunjukkan peningkatan dengan 33 kes dilaporkan pada minggu lalu bermula dari tempoh 9...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd