• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Culik Di Kg. Jawa Ditemui Selepas 13 Jam

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang wanita yang diculik sekumpulan lelaki di hadapan sebuah kilang di Kampung Jawa, Klang dekat sini, ditemui orang ramai selepas 13 jam, di Seksyen 35 di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, mangsa S. Jothimani, 48, ditemui 10.30 malam tadi dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

“Orang ramai yang kebetulan berada di kawasan perkilangan Seksyen 35 malam tadi terdengar jeritan Jothimani, mangsa kemudian terus dihantar ke sebuah hospital swasta di Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Shafien berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa tidak mengenali semua suspek dan semasa berada di dalam kereta, mangsa telah dipukul manakala matanya ditutup.

“Mangsa turut memberitahu telefon bimbit dan barangan kemas beliau turut diambil oleh suspek,” katanya.

Tambah Shafien polis kini giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi semalam, Jothimani diculik tiga suspek selepas keluar untuk berjumpa seorang lelaki di hadapan kilang tempat beliau bekerja.

Rakaman kamera litar tertutup kilang itu menunjukkan mangsa ditolak ke dalam kereta jenis Mercedes Benz oleh lelaki berkenaan. – BERNAMA

Tags: Mangsa Culik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Mangsa Culik Abu Sayyaf Terbunuh Di Sulu

30/09/2020
0

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu...

Keluarga Mangsa Culik Abu Sayyaf Reda

12/04/2019
0

SANDAKAN - Keluarga mangsa culik kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Jari Abdullah, 34, reda dengan pemergian arwah yang meninggal dunia akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd