• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Persoal Guan Eng Pegang 19 Jawatan Utama

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa menyandang sehingga 19 jawatan utama di negeri ini.

Ketua Biro Publisitinya, Ooi Zhi Yi berkata selain bergelar Anggota Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) dan ahli Parlimen, Lim juga menjadi pengerusi dalam 19 agensi dan organisasi berkaitan kerajaan negeri.

Beliau mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri berkenaan mahu menguruskan bebanan dan tanggungjawab setiap jawatan tersebut dan dalam sama memastikan kebajikan rakyat tidak terabai.

“Berapa lagikah jawatan pengerusi yang Ketua Menteri ingin menyandang dan menguasai selepas ini?,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terbaru katanya, Lim juga dijangka akan mempengerusikan jawatan Perbadanan Taman Botani Pulau Pinang yang termaktub dalam Fasa 9 (1) (a) Rang Undang-Undang Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang 2017.

Terdahulu, Ooi yang juga Penyelaras Gerakan untuk kawasan Kebun Bunga berkata sesi persidangan Dewan Undangan Negeri lepas telah meluluskan Perbadanan Taman Negeri (Botani) Pulau Pinang sebagai Enakmen negeri.

Beliau ingin bertanyakan kepada kerajaan negeri tentang bayaran yang akan dikenakan kepada pengunjung yang ingin melawat tempat-tempat menarik di Taman Botani.

“Walaupun kerajaan negeri menafikan sebarang bayaran masuk ke Taman Botani, tetapi pihak kami ingin bertanya tentang bayaran lain yang mungkin dikenakan.

“Contohnya, selepas Bukit Bendera diperbadankan, terdapat beberapa bayaran dikenakan ke atas tempat menariknya seperti ‘The Habitat’ dan Muzium Burung Hantu,” katanya.

Beliau juga ingin mengingatkan kerajaan negeri bahawa Taman Botani Pulau Pinang berfungsi untuk memulihara flora dan fauna dan secara tidak langsung berfungsi sebagai paru-paru hijau di kawasan berkenaan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa apa yang diperlukan bukanlah pertukaran struktur pengurusan Taman Botani tersebut, akan tetapi sebuah pelan yang efektif untuk menguruskan taman tersebut,” katanya.

Taman Botani Pulau Pinang seluas 243 hektar diwujudkan oleh ahli botani Charles Curtis pada tahun 1884 dan digunakan Jepun ketika penjajahannya sebagai tapak menyimpan peluru. – BERNAMA

Tags: Ketua Menteri Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Hasil Disatukan: Guan Eng ‘Kencing’ Lagi?

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) cekap pengurusan kewangan kerana berjaya meningkatkan Akaun Hasil Disatukan sebanyak tujuh kali...

Zenith Didesak Perjelaskan Bayaran RM22 Juta

16/03/2018
0

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd