• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Sewajarnya Akan Diambil Terhadap Zaid

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim yang dilapor menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Katanya kenyataan Zaid terhadap baginda menerusi laman sosial Twitternya dengan jelas dilihat melanggari undang-undang sedia ada.

“Sudah tentulah kita cakap undang-undang telah dilanggari…tindakan akan diambil sewajarnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bertemu wakil Kelab UMNO Luar Negara.

Zaid menerusi akaun Twitternya pada Selasa lepas mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan menghina Bugis.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mengulas gesaan seorang pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini agar pihak berkuasa menyiasat pemilik portal berita The Malaysian Insight (TMI) yang didakwa giat menyerang kepimpinan UMNO terutama presiden parti, Salleh berkata laporan mengenainya telah diterima dan akan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Mengenai perhimpunan tahunan parti itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO, mahu setiap anggotanya memainkan peranan masing-masing sebagai pejuang siber dalam membantu parti menyebarkan dasar perjuangan yang dibahaskan dan membetulkan segala dakwaan ditimbulkan pembangkang.

Ditanya mengenai keputusan sebulat suara perwakilan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan, Salleh berkata ia diusulkan kerana gabungan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden parti dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden dilihat mampu menentukan kekuatan parti.

Katanya, kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu penting bagi menentukan kestabilan parti, seterusnya politik negara secara keseluruhan.

“Najib seorang pemimpin berwawasan yang ingin membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang lagi dan beliau memerlukan seorang timbalan yang setia, seorang yang setia yang boleh bantu beliau agar matlamat ini tercapai,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu bagaimanapun tidak bermakna parti menutup hak anggota lain untuk bertanding kerana jawatan lain masih terbuka untuk dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: Datuk Zaid Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beri Bumiputera Lesen Kasino Agar Mampu Saing

23/10/2018
0

BEKAS menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar lesen pusat judi dan penjualan alkohol diberi kepada bumiputera...

Zaid Ibrahim Dibebaskan Tanpa Dipanggil Bela Diri

12/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd