• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Diculik Sekumpulan Lelaki

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang pengeluar penapis di Kampung Jawa di sini dilarikan sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di hadapan pintu masuk kilang itu hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa S. Jothimani, 48, ditarik masuk ke dalam kereta jenis Mercedez Benz berwarna putih yang sedang menunggu di luar pintu masuk kilang itu oleh salah seorang lelaki dalam kereta itu.

Adik mangsa, yang hanya dikenali sebagai Ruvan, berkata kakaknya sebelum itu menerima panggilan daripada seorang individu mendakwa dirinya daripada sebuah syarikat beli-belah dalam talian dan hendak menghantar barang.

“Kakak saya keluar untuk berjumpa seorang lelaki di hadapan pintu masuk kilang itu.

“Namun setibanya di hadapan pintu masuk, beliau menemui seorang lelaki memakai baju putih, manakala dua lagi lelaki menunggunya di dalam kereta,”katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kakaknya dipaksa menaiki kereta itu sebelum ditarik seorang lelaki dari dalam kenderaan itu.

Ruvan hanya mengetahui kejadian yang menimpa kakaknya itu setelah salah seorang daripada dua anak lelaki mangsa menerima panggilan telefon daripada penyelia kilang itu kira-kira 15 minit selepas kejadian.

Beliau mendakwa kakaknya tidak mempunyai musuh dan pihaknya juga tidak mengenali lelaki itu berdasarkan rakaman CCTV dan tidak pernah menerima sebarang ugutan daripada mana-mana individu.

“Saya dimaklumkan ahli keluarga bahawa kenderaan yang dinaiki penculik juga merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di Subang Jaya,” katanya.

Rakaman CCTV berdurasi 33 saat berhubung kes penculikan itu tersebar luas dalam WhatsApp hari ini di mana ia menunjukkan wanita itu ditarik masuk oleh seorang lelaki ke dalam kereta itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan. – BERNAMA

Tags: Diculik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Remaja Perempuan Reka Cerita Diculik Kerana Tak Mahu Pergi Mengaji

05/05/2024
0

KOTA KINABALU: Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya menjadi mangsa culik sebelum dapat menyelamatkan diri, Rabu lalu didapati hanya cerita rekaan....

Air Hijau Di Kampung Kuala Hau Bukan Fenomena Luar Biasa

Bella Disyaki Diculik, Teman Lelaki Ditahan

28/12/2023
0

Batu Pahat: Polis mengesahkan sudah menahan seorang individu dipercayai teman lelaki Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella bagi membantu siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd