• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pasar Malam Malaysia’ Di Chile Kongsi Juadah Enak

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Chile menganjurkan ‘Pasar Malam Malaysia’ buat julung kalinya di pekarangan kedutaan itu di Santiago, Khamis, bagi memperkenalkan keenakan makanan dan kebudayaan Malaysia.

Kedutaan itu, dalam kenyataan hari ini, berkata lebih 400 tetamu menghadiri pasar malam tersebut yang bermula pada jam 2 petang sehingga 7 malam.

“Tetamu yang hadir menikmati makanan kegemaran Malaysia seperti satay, nasi goreng, mi goreng, pisang goreng, ubi keledek goreng, popiah, kuih ondeh-ondeh, tosai, air batu campur (ABC) dan teh tarik. Turut dipromosikan produk Malaysia yang dipamerkan oleh Pejabat Matrade di Santiago,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, tetamu turut dipersembahkan dengan paluan kompang oleh Duta Besar Malaysia ke Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya dan pegawai kedutaan dengan nyanyian lagu ‘1M4U’, ‘Rasa Sayang Hei’, ‘Puteri Santubong’ serta lagu Sepanyol ‘Chile’ selain persembahan silat Malaysia oleh Persatuan Silat Chile Malaysia.

Antara tetamu yang hadir adalah pelumba basikal negara iaitu Muhammad Khairil Nizam Rasol, Farina Shawati Mohd Adnan, Junaidi Mohd Nasir dan Mohd Izham Mohamad yang kini berada di Chile bagi menyertai siri keempat Kejohanan Trek Piala Dunia UCI di Santiago, pada Sabtu dan Ahad ini. – BERNAMA

Tags: pasar malam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tukang Gunting, Peniaga Pasar Malam Tarik Nafas Lega

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha di sektor perkhidmatan gunting rambut, peniaga pasar malam dan khidmat mencuci kereta, hari ini boleh menarik...

Pasar Malam, Kedai Gunting, Pusat Cuci Kereta Dibenar Beroperasi

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd