• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prospek Pelaburan Malaysia Kekal Positif

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA — Prospek pelaburan langsung asing dan domestik di Malaysia kekal positif dengan trend menunjukkan syarikat tempatan berkembang, walaupun ekonomi kurang memberangsangkan dalam kalangan pihak tertentu.

“Kami (Malaysia) akan mempunyai angka pelaburan yang baik (bagi 2017), setelah terdapat perkembangan dinamik pasaran sekarang ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud.

Beliau berkata MIDA, sebagai agensi utama kerajaan untuk menerajui agenda pelaburan negara, telah mempromosikan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun, dan telah secara agresif mempromosikan serta membangunkan sektor di semua industri.

“Bagi menggalakkan usaha ini, MIDA menawarkan insentif cukai bagi R&D yang boleh dinikmati oleh pengeluar dengan kemudahan R&D atau penyedia perkhidmatan penyelidikan dalaman,” kata Azman kepada pemberita selepas melancarkan Monash Malaysia R&D Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau menggesa syarikat-syarikat agar berinovasi dan bekerjasama dengan entiti penyelidikan untuk menjadi relevan dengan keperluan pasaran, kerana syarikat-syarikat mengalami kegagalan kerana produk mereka tidak lagi berdaya saing, persaingan yang sengit dengan kemunculan produk baru.

“Memang diperakui bahawa kerjasama kukuh antara ahli akademik dan industri penting untuk mewujudkan dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

“Kami percaya dengan membawa bersama penyelidik terbaik dan peserta industri terbaik akan dapat menghasilkan persekitaran yang sesuai untuk inovasi dan idea yang membawa perubahan,” kata Azman.

Bagi universiti, beliau berkata usaha bersama akan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang mencabar ke arah mencari penyelesaian baru.

“Begitu juga bagi syarikat-syarikat, kerjasama tersebut akan membolehkan mereka mendapatkan teknologi asal yang penting untuk kemajuan dan perkembangan masa depan mereka yang berterusan,” katanya, sambil menambah bahawa revolusi perindustrian 4.0 telah menyaksikan kemunculan teknologi baru dan teknologi disruptif yang membentuk semula cara perniagaan yang sedang dijalankan di seluruh dunia.

Azman berkata memandangkan Malaysia bercita-cita untuk menjadi ekonomi yang didorong oleh inovasi, ia sepatutnya menetapkan tanda aras bagi membandingkan dengan negara-negara yang telah berjaya dan mengikut amalan terbaik mereka. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd