• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Rahsia! Turki Ada Jalinan Diplomatik Israel

oleh
09/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERBONGKAR!… Selama ini tanpa disedari umat Islam di Malaysia khasnya pembangkang sering berbangga dengan Turki sebagai imej negara Islam contoh yang wajar dijadikan ikutan teladan.

Lantaran itu, ramai mengagumi kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam pelbagai bidang termasuk bab ekonomi, sukan, politik, hiburan waima gerakan dakwah Islamiah yang bangkit daripada persepsi sekular moden.

Namun, sejurus Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel pada Rabu lalu, tiba-tiba terdedah kisah yang selama ini mungkin tiada siapa pun hendak tahu!

Tanpa semena-mena media antarabangsa melaporkan Erdogan terpaksa hubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam demi memastikan pemimpin Malaysia itu hadir mesyuarat tergempar dunia Islam di Istanbul.

Meskipun tahu Najib sibuk Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Kuala Lumpur, Erdogan tetap memohon ‘jasa baik’ presiden parti itu datang minggu depan kerana ia amat penting bagi bincang solusi isu panas Baitulmaqdis itu.


Mungkin lucu tetapi apabila media seluruh dunia melaporkan ugutan Erdogan ‘putus’ hubungan diplomatik dengan Israel, akhirnya terdedah rahsia selama ini ada kedutaan Turki di Tel Aviv dan juga Kedutaan Israel ada di Ankara.

Cerita ini didedahkan seorang pendakwah popular tempatan yang menggunakan nama samaran Abu Aqif Al Aman menerusi akaun Facebooknya pada Jumaat dan pembongkaran perkara aneh itu nyata mengejutkan ramai netizen.

Walhal ini bukan kisah baharu pun kerana kedua-dua negara sebenarnya sudah lama menjalinkan diplomatik secara formal sejak 1949, iaitu setahun selepas negara haram Yahudi itu diwujudkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa.

Turki menjadi negara Islam pertama di dunia yang ada hubungan politik dengan Israel sebelum diikuti Mesir pada 1980, menyaksikan negara Arab di Afrika Utara itu dapat semula Semenanjung Sinai yang ‘dirampas’ jirannya itu.

Sebuah lagi tetangga Israel, Jordan turut ada hubungan diplomatik sejak 1994. Jalinan itu ada ‘hikmah’, sekali gus umat Islam dari seluruh dunia dapat memasuki Tebing Barat di Palestin dari Jordan selain Mesir jika mahu ke Gaza.

Kedutaan Israel di Turki. – Gambar hiasan

Hakikatnya tiga negara Islam ini selain Palestin; terpaksa berbuat demikian atas faktor politik dan secara tidak langsung membolehkan ada juga ‘suara Islam’ wujud di bumi Israel terutama jika berlaku situasi luar jangkaan.

Ini dapat dilihat semasa insiden kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 2010 dan Zaytouna-Oliva pada 2016 ditawan tentera Zionis. Turki jadi penyelaras konsular kepada mangsa yang negaranya tiada wakil di Tel Aviv.

Malah, hubungan diplomatik itu membolehkan Turki dapat kerjasama ketenteraan daripada Israel yang dianggap antara pasukan keselamatan terbaik di dunia sehingga negara Islam itu pula muncul sebagai kuasa militeri global.

Hakikatnya, puluhan negara Islam lain tetap enggan ikut ‘jejak’ langkah tiga negara ini waima pasport rakyatnya ada dicetak ayat peringatan tegas yang memberi ‘amaran’ dokumen perjalanan rasmi itu tidak sah untuk akses ke Israel.

Antaranya Arab Saudi yang jauh lebih ‘keras’ apabila pasport rakyat asing termasuk dari negara Islam sendiri jika ada cop imigresen Israel, adalah dilarang keras masuk ke negara penjaga dua tanah haram suci umat Islam itu.

Untuk rekod selain Malaysia tegah warganya ‘pijak’ Israel; Algeria, Bahrain, Brunei, Bangladesh, Djibouti, Iran, Iraq, Indonesia, Kuwait, Oman, Pakistan, Somalia, Sudan, Syria, Lubnan, Libya, Tunisia, UAE, Yaman dan Qatar pun sama.

Tidak hairanlah ketika isu Baitulmaqdis timbul, bukan sahaja Erdogan ‘cari’ Malaysia, wakil Hamas dan Fatah yang kebetulan ada di Kuala Lumpur mengikuti PAU 2017 turut meminta bantuan negara kita menangani krisis tersebut.

Pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin sekian lama nyata gerun Israel, waima Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pertama dilantik pada 1969 pun ialah bekas perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.

Malangnya, pembangkang di Malaysia diketahui cuba ubah dasar luar itu, bahkan ada dapat dana besar dari Israel secara rahsia bagi misi khas ‘guling’ kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO pada pilihan raya umum kelak.

Lebih dahsyat jika ia berjaya, Kedutaan Israel bakal dibuka di Kuala Lumpur manakala Kedutaan Malaysia di Tel Aviv. Mereka terlupa Erdogan pun ‘kesal’ serik Turki ada hubungan diplomatik dengan Israel. – Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan

Tags: IsraelIsu BaitulmaqdisTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd