• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, January 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chef Zam Ditipu Penerbit Program Jualan Langsung?

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHEF Zam antara cef selebriti yang sentiasa mendapat perhatian apabila muncul dalam sesebuah program masakan di televisyen.

Walaupun menjadi cef selebriti, status itu tidak menghalangnya untuk buka ruang berunding dengan mana-mana pihak yang menawarkannya membuat program masakan.

Bagaimanapun, keadaan itu seakan disalahertikan apabila Chef Zam mendakwa telah ditipu oleh seorang penerbit program jualan langsung televisyen.

Khabarnya, cef berusia 47 tahun itu tidak mendapat bayaran penuh selepas menjayakan program tersebut sejak enam bulan yang lalu.

“Saya kenal penerbit itu kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Dia meminta tolong sewaktu mempelawa saya mengacarakan program diterbitkan.

“Saya nyatakan bayaran untuk mengacara RM5,000 termasuk resepi dan demonstrasi memasak. Dia merayu minta kurangkan bayaran dan saya bersetuju.

“Namun selepas program selesai, dia terus senyap. Saya cuba menghubunginya beberapa kali tetapi gagal,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Chef Zam, selepas gagal menghubungi penerbit tersebut, dia mengambil keputusan untuk berurusan dengan syarikat yang mengupahnya.

Keputusan tersebut nyata membuahkan hasil, tetapi bayaran yang didapatinya tidak penuh.

“Kali ini dapat tetapi hanya separuh. Saya tidak tahu mengapa dia bertindak begitu tapi rasanya mungkin disebabkan saya membatalkan khidmatnya untuk menerbitkan program Biscotti, 10 jam sebelum penggambaran dimulakan.

“Saya mengambil tindakan tersebut selepas mendapat penjelasan daripada syarikat yang menerbitkan program masakan dari Korea itu,” ujarnya.

Akui Chef Zam, dia boleh mempertimbangkan keadaan itu sekiranya penerbit tersebut berterus-terang tentang apa yang telah berlaku dan berkemungkinan untuk menghalalkan saja wang tersebut.

Namun, caranya yang ‘lesap’ tanpa sebarang penjelasan membuatkan Chef Zam geram dan seperti dianiaya.

Tambah pengacara makanan itu lagi, penerbit berkenaan melarikan diri apabila terserempak dengan dirinya.

“Dunia hiburan ini kecil dan baru-baru ini saya terserempak dengannya. Kasihan juga melihatnya seperti cuba melarikan diri apabila nampak kelibat saya. Sudahnya dia yang tidak selesa.

“Hendak kata dia kini kaya dengan hasil penipuan tidak juga kerana hidupnya tidak aman,” tambahnya.

Rasanya perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Bukankah pihak produksi dan artis saling memerlukan. Seharusnya perkara ini diselesaikan dengan cara yang matang. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan…

Tags: artis ditipuChef Zam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terkandas Di Korea: Den Wahab, Aziz M. Osman Ditipu

27/12/2017
0

BAGAIKAN 'musim' pula apabila kebelakangan ini ramai artis dan selebriti yang ditipu oleh orang yang pada awalnya dianggap boleh dipercayai....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd