• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Johor Ditangkap Kerana Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang koperal polis di Kulai malam tadi kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang guru agama.

Menurut sumber, suspek berusia 49 tahun itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulai dan penahanannya di sebuah bengkel membaiki kereta kira-kira 9.30 malam tadi bagi membantu siasatan.

Suspek disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM3,000 daripada guru agama terbabit sebagai dorongan menyelesaikan siasatan satu kes dadah membabitkan dirinya yang sedang dijalankan oleh Bahagian Narkotik IPD Kulai, Johor.

Susulan tangkapan itu, pasukan penyiasat SPRM melakukan penggeledahan di dua lokasi berbeza di Johor dan menyita akaun bank serta beberapa dokumen berkaitan kes.

​​​​​​​Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Dato Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek direman seminggu bermula hari ini hingga 13 Dis depan berikutan perintah yang dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Faridatul Farrah Mohd Shukri. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd