• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jika Hasil Baik, Peminat Sentiasa Sokong” – Janna

oleh
07/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN ramai artis baharu yang sanggup nama mereka terpalit dengan kontroversi semata-mata untuk popular, namun aktres Janna Nick enggan memilih jalan singkat seperti itu.

Baca: Instagram Digodam, Janna Nick Luah Rasa Sedih

Janna atau nama sebeanrnya, Nurul Jannah Muner, 22, menegaskan sekerasnya bahawa dia langsung tidak memerlukan gimik atau mereka-reka cerita demi mempromosikan lagu mahupun lakonannya.

“Saya tidak memerlukan gimik sebagai strategi promosi produk. Kalau kita hasilkan sesuatu yang baik, ia akan menjadi permintaan ramai. Cukuplah dengan prestasi yang ada.

“Lagipun, saya tak biasakan gunakan kuasa viral untuk popular. Jika nak, sudah tentu dari dulu saya reka cerita cinta atau macam-macam lagi semata-mata untuk menaikkan nama.

“Saya juga yakin peminat saya, terutama di laman sosial, adalah tulen. Mereka suka mengikuti drama saya dan nak kenal siapa sebenarnya Janna Nick.

“Jadi, tidak perlu untuk mencipta sesuatu yang tak betul,” katanya yang baru sahaja melancarkan single terbaharu yang berjudul Akan Bercinta.

Lagu Akan Bercinta merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza yang mana turut merupakan lagu tema bagi drama My Coffee Prince.

Sejak dimuat naik dekat YouTube pada 1 Disember yang lalu, muzik video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 400 ribu kali!

Woww… Tahniah Janna! Walaupun dalam masa mempromosikan lagu tersebut, akaun Instagram miliknya telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawan namun dia tetap berjaya menambat hati peminat.

Tambah pelakon yang berasal dari negeri jelapang padi itu, penggambaran muzik video tersebut telah dijalankan di Itali serta kesemua idea merupakan arahan daripada Janna sendiri.

“Inilah arahan pertama saya, sekali gus percubaan untuk memulakan langkah di arena pengarahan. Saya turut buat papan ceritanya sendiri, tetapi terpaksa lakar orang lidi kerana saya tak pandai lukis.

“Lucu hingga ada yang mengetawakan saya. Apa pun, walau mengejar waktu kerana pada masa sama kami juga merakamkan video muzik untuk single duet bersama Alvin Chong, sokongan semua kru dan rombongan membuatkan kami semua berpuas hati dengan hasilnya,” tambahnya lagi.

Tahniah diucapkan kepada Janna kerana tidak menggunakan kuasa viral mahupun kontroversi murahan semata-mata untuk melariskan lagu anda. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Akan BercintaJanna NickMY Coffee Prince
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd