• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wany Nafi Individu Tak Beradab AJK Wanyhasnizers

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA penyanyi Wany Hasrita semakin dikenali apabila muncul dengan single sulungnya menerusi Menahan Rindu.

Namun, baru-baru ini namanya menjadi sebutan apabila khabarnya salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) kelab peminatnya, Wanyhasnizers seakan tidak beradab dengan seorang peniaga atas talian.

Katanya, ahli kelab peminatnya itu ingin memohon tajaan untuk sambutan ulang tahun kelahiran buat penyanyi itu, tetapi bahasa yang digunakan tidak menunjukkan profesionalisme sebagai wakil artis berkenaan.

Peniaga atas talian yang dikenali sebagai BalloonBar Enterprice turut memuat naik screenshot WhatsApp yang dikirimkan individu itu.

Menurutnya, cara berkomunikasi yang baik antara perkara utama dalam berurusan dengan pihak lain.

Namun, tidak mudah melatah, finalis Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) ini tampil memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku.

Pemilik nama Nursyazwany Hasrita Hasbullah menyatakan yang individu tersebut bukan daripada AJK kelab peminatnya iaitu Wanyhasnizers.

“Apabila perkara ini tular, ketua kelab peminat menghubungi pihak itu meminta nombor telefon individu terbabit. Malangnya nombor itu tidak wujud dalam senarai ahli.

“Saya beranggapan dia orang luar. Saya tidak mahu tuduh apa motif sebenar dia berbuat sedemikian. Sama ada mahu sabotaj atau ada agenda lain, saya pun tak tahu.

“Cuma saya berterima kasih kepada pihak yang tular perkara ini kerana dalam tempoh dua jam, banyak pihak sudi kerjasama. Saya berasa ini satu hikmah dan rezeki Allah,” katanya dipetik Harian Metro.

Kata Wany, selepas cerita itu tular menerusi laman-laman sosial, kelab peminatnya itu makin dapat banyak tajaan.

Jika perasan, nama kelab peminat yang tertera di aplikasi WhatsApp itu berlainan dengan nama kelab peminat rasmi penyanyi berusia 25 tahun tersebut.

Dalam pada itu, pelantun suara bagi lagu Rintihan Rindu itu berpendapat bahawa perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana dia juga pernah mengalami perkara yang sama.

“Perkara ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu membangkitkan isu terbabit seolah-olah ia satu masalah besar.

“Kalau hendak bercakap soal adab, saya pernah dapat mesej lebih teruk lagi daripada pihak yang ingin menawarkan persembahan. Memikirkan ia hanya perkara remeh, saya diamkan saja.

“Pun begitu, saya tak mahu salahkan pihak yang tularkan perkara ini kerana ia hak masing-masing. Tidak pasti pula kalau disebabkan nama saya, mereka sengaja berbuat sedemikian,” jelasnya.

Sementara itu, Wany menyatakan soal adab tidak perlu diingatkan buat AJK Wanyhasnizers kerana sebelum ini mereka pernah mengendalikan beberapa artis lain.

AJK-AJKnya itu turut menunjukkan contoh mesej yang dihantar dan ternyata mesej-mesej tersebut sangat berbeza dengan perbualan WhatsApp berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: wany hasritaWanyhasnizers
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wany Hasrita Tunai Haji Atas Jemputan Kedutaan Arab Saudi

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini dan...

Wany Hasrita Sebak Rakam Terlalu Memuja

22/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany Hasrita mengakui, tidak dapat menahan sebak ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd