• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hutang: Kes Bunuh Lelaki Selesai

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kes bunuh seorang lelaki di belakang sebuah rumah di Lorong Fairuz 3, Taman Arked, Sungai Petani, Isnin lepas, dianggap selesai selepas polis berjaya menahan seorang lagi suspek kes itu di Sik, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata lelaki berumur 19 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik pada 12.18 tengah hari.

Beliau berkata hasil soal siasat awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes berkenaan dan ia dipercayai bermotifkan hutang apabila suspek dikatakan telah berhutang dengan mangsa sebanyak RM2,000.

“Mangsa merupakan pemberi pinjaman wang dan polis sedang mengesan senjata apa yang digunakan suspek ketika menikam mangsa kerana semasa pemeriksaan badan terhadap suspek tersebut, polis tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata berkata hasil pemeriksaan lanjut, polis juga mendapati suspek yang bekerja sebagai penjual ikan itu tidak mempunyai rekod lampau.

Beliau berkata polis telah menahan tiga lelaki termasuk suspek terbaharu itu bagi membantu siasatan kes di bawah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mangsa berusia 25 tahun yang beralamat di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian dada dan cedera pada muka serta tangan yang dipercayai akibat pergelutan sebelum itu.

Polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.07 petang dengan memaklumkan terdapat seorang lelaki ditemui meninggal dunia di belakang rumah itu. – BERNAMA

Tags: SAC Mior Farid Al Athrash Wahid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd