• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Usaha Bawa Naik Ekor Pesawat Buntu

oleh Ahmad Albab
10/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANGKALAN BUN – Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang memasuki hari ke-12 ditamatkan petang tadi dengan usaha menaikkan bahagian ekor pesawat masih buntu.

Berdepan cuaca buruk serta arus dasar yang deras sehingga mencecah kelajuan 3 hingga 5 knot, menyukarkan tiga pasukan penyelam Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk memasang beg pelampung.

Bagaimanapun, satu beg pelampung itu sudah berjaya dipasang di bahagian yang menempatkan kotak hitam pesawat QZ8501 bagi memudahkan operasi mengangkat beban seberat lima tan itu.

“Sudah dipasang satu beg pelampung, esok tinggal diteruskan (pelampung yang lain),” kata Ketua Pusat Penerangan TNI, Fuad Basya di kapal KRI Banda Aceh di Selat Karimata, di sini.

Fuad menjelaskan, satu beg pelampung itu dipasang oleh penyelam pasukan pertama yang terjun ke dasar laut, namun usaha pasukan kedua untuk menyempurnakan tugas sama, gagal berikutan arus kuat.

Beliau berkata, kelajuan normal yang membolehkan penyelam dapat melaksanakan tugasnya dengan baik adalah pada kelajuan arus sekitar 1 hingga 2 knot.

“Tidak boleh dipaksa, harus tunggu sampai esok pagi. Mudah-mudahan boleh selesai esok,” kata Fuad.

Sementara itu, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini berjaya menemui dua lagi mayat mangsa nahas pesawat QZ8501 di kawasan pencarian sektor III.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, menerusi laman twitternya, memaklumkan satu jasad wanita ditemui KD Perak kira-kira jam 10 pagi. Pada sebelah petang pula, KD Kasturi menemui satu lagi mayat lelaki.

“Satu lagi jenazah lelaki ditemui dan baru diangkat naik oleh KD Kasturi hari ini jam 4.15 petang di Sektor III,” katanya.

Dua mayat yang ditemui itu kemudian dihantar ke Pangkalan Bun. Hari ini, dua lagi mayat yang ditemui semalam sudah diterbangkan ke Surabaya menggunakan pesawat CN-235 milik TNI.

Tamat hari pencarian ke-12, 42 mayat sudah ditemui, hanya satu yang masih berada di Rumah Sakit Imanuddin, Pengkalan Bun. Sebanyak 25 mayat juga sudah berjaya dikenal pasti. – Detik.news/Kompas.com

https://www.youtube.com/watch?v=SyY7SCfZi2o

Tags: AirAsia IndonesiaQZ8501
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam

23/07/2016
0

BALIK PULAU (Pulau Pinang) - Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka,...

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd