• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kafe Dikendali Pelajar OKU Akan Diperluas

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kafe Inspired Kitchen, yang dikendalikan pelajar orang kurang upaya (OKU) Kolej Komuniti Selayang, akan diperluaskan secara berperingkat pada masa akan datang.

Menteri PendidikanTinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini, kafe berkenaan yang menawarkan kopi jenama ‘Inspired Kitchen’ dan pelbagai jenis makanan hanya beroperasi di Kolej Komuniti Selayang dan Kementerian Pendidikan Tinggi, selain menjalankan perniagaan di program-program tertentu.

“Cadangan untuk diperluas (ada), tetapi ia berkembang perlahan kerana pelajar-pelajar ini ‘slow learners’ (lembam). Bagaimanapun melalui pengajian di kolej komuniti, kita memberi pengiktirafan dan peluang kepada mereka bergaul dengan masyarakat.

“Kolej komuniti bukan hanya memberi latihan kepada pelajar OKU tetapi satu cabang perniagaan kepada kolej komuniti,” katanya kepada pemberita selepas melawat gerai pameran Kitchen Inspired di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Sehingga kini, seramai 232 pelajar OKU yang mengalami masalah pendengaran, penglihatan, bisu dan masalah pembelajaran mengikuti pelbagai program pengajian di 57 kolej komuniti di seluruh negara.

Antara program pengajian yang diikuti adalah Sijil Kulinari, Sijil Animasi 3D, Sijil Asas Pembuatan Seramik, Sijil Fesyen dan Pakaian, Sijil Pengendalian Acara dan Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Sementara itu, Pensyarah Program Asas Kulinari Kolej Komuniti Selayang, Fazlilawati Fadzil berkata jenama Inspired Kitchen mula diperkenalkan sejak mereka membuka gerai pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas.

Beliau berkata pelajar yang terlibat mengendalikan kafe berkenaan adalah pelajar bisu dan mengalami masalah pembelajaran, namun sentiasa rajin dan bersemangat untuk memperbaiki kemahiran diri.

“Setakat ini kami sudah melahirkan lima barista dan seorang daripadanya ditawarkan bekerja di kafe kopi di luar. Kita memberi peluang untuk mereka menimba ilmu sebagai platform untuk lebih berdikari,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd