• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Pesisir Pantai Berisiko Terus Dipantau

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu akan membuat pemantauan berkala di beberapa kawasan pesisir pantai yang berisiko dinaiki air, susulan fenomena air pasang besar sejak tiga hari lalu.

Ketua sekretariat yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata antara kawasan berisiko yang dikenal pasti ialah Pantai Batu Buruk di sini, Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus, pantai Rusila di Marang, Kuala Besut dan Kuala Kemaman.

“Fenomena air pasang besar itu dijangka mencecah ketinggian 2.89 meter hingga 3.03 meter pada Januari depan.

“Sepanjang tempoh itu, sekumpulan empat atau lima anggota APM Terengganu akan membuat rondaan setiap empat jam bagi memastikan orang ramai tidak mendekati kawasan pesisir pantai ketika air pasang besar berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kebiasaannya, fenomena air pasang besar akan bermula awal malam dan berlarutan hingga awal pagi sehingga boleh menyebabkan penduduk di kawasan pesisir pantai dan berkepadatan tinggi di kawasan rendah terdedah dengan risiko banjir besar.

Mengulas mengenai perkembangan cuaca semasa di Terengganu, Che Adam berkata kira-kira 1,500 hingga 2,000 anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi menyelamat di negeri itu akan terus bersedia dengan kemungkinan banjir gelombang kedua berlaku bila-bila masa.

“Dalam episod banjir pertama selama sembilan hari bermula 27 Nov lalu yang berakhir semalam, sebanyak 74 pusat pemindahan sementara (PPS) telah beroperasi di tujuh daerah.

“Daerah pertama dilanda banjir ialah Hulu Terengganu diikuti Besut, Setiu, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus,” katanya.

Bilik Gerakan Bencana Negeri juga masih beroperasi sepanjang waktu pejabat ketika ini dan akan dibuka 24 jam apabila banjir gelombang kedua bermula, katanya. – BERNAMA

Tags: JPBN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd