• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesabaran Luar Biasa Isteri PM Dikagumi – Shahrizat

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan kekaguman dan melahirkan penghargaan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas kesabaran di sebalik dugaan yang dilaluinya.

Beliau berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran, namun Rosmah mempunyai kesabaran yang disifatkannya sebagai luar biasa.

“Malah di kesempatan bersejarah ini, seluruh Pergerakan Wanita UMNO ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Datin Seri Rosmah Mansor kerana ‘brainchild’ Permata beliau kini berjaya menjadi mercu tanda intelek bangsa.

“Permata kini menjadi gedung kelahiran para ilmuan dan cerdik pandai anak Malaysia. Inilah sebenar-benar khazanah yang kita miliki,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Shahrizat dalam pada itu berkata Wanita UMNO berbangga kerana Rosmah telah memberi dorongan kepada kewujudan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan seterusnya terhadap usaha penubuhan Mahkamah Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Terdahulu, Dewan Tun Dr Ismail, PWTC yang dipenuhi 973 perwakilan hening seketika apabila Shahrizat sebak ketika membacakan doa untuk para pejuang Wanita UMNO yang telah meninggal dunia.

Mereka termasuk Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, Datuk Wira Maznah Hamid, Hapsah Khalid, Aminah Manaf, Norahan Abu Bakar dan Ramlah Ismail. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd