• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Penembusan Jalur Lebar Capai 81.8 Peratus

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar penembusan jalur lebar berkelajuan tinggi atau High Speed Broadband (HSBB) isi rumah di seluruh negara mencapai 81.8 peratus sehingga suku pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama pemain industri giat melaksanakan pelbagai inisiatif berasaskan pembangunan infrastruktur komunikasi bagi memastikan 95 peratus peluasan kawasan liputan jalur lebar dapat dicapai menjelang tahun 2020.

“Teknologi satelit telah digunakan dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar dengan menggunakan ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) di kawasan-kawasan terpencil seperti di pedalaman Sabah, Sarawak serta di Semenanjung Malaysia.

“Kementerian mendapati teknologi satelit bukanlah penyelesaian jangka masa panjang dalam meningkatkan perkhidmatan jalur lebar negara kerana perkhidmatan ini mempunyai beberapa kelemahan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Chai Kim Sen pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Salleh berkata kelemahan tersebut termasuk kapasiti terhad, kos operasi dan kos penyelenggaraan yang tinggi serta masalah kestabilan perkhidmatan sekiranya terdapat gangguan cuaca dan bekalan kuasa.

Dalam membangunkan perkhidmatan dan prasarana telekomunikasi negara, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berusaha menyediakan perkhidmatan jalur lebar terrestrial seperti perkhidmatan 3G dan 4G yang lebih murah dan stabil berbanding perkhidmatan satelit, katanya.

“Justeru, bagi membolehkan rakyat terutamanya golongan B40 turut menikmati perkhidmatan jalur lebar, kementerian turut memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi menawarkan pakej-pakej asas pada harga yang rendah.

“Contohnya, pakej asas jalur lebar mudah alih bermula daripada RM20 sebulan manakala Telekom Malaysia Berhad juga menawarkan pakej jalur lebar asas berkelajuan 1 megabit sesaat pada harga RM38 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd