• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Kes Bunuh Seorang Wanita Hampir Selesai

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Polis percaya telah dapat menyelesaikan misteri kes pembunuhan seorang wanita Sabtu lepas dengan penahanan seorang lelaki tempatan pada 7.30 pagi Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata siasatan awal mendapati masalah hutang mungkin antara punca kematian mangsa susulan penangkapan suspek berusia 25 tahun itu, yang juga bekas teman lelaki mangsa.

“Mangsa telah dikenal pasti oleh anggota keluarga sebagai seorang janda berusia 52 tahun dan mempunyai tiga anak serta dikenali dengan nama Yeong Musa dari Mukah,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Suspek direman tujuh hari hingga 11 Dis depan, manakala bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dilakukan pada 9 pagi ini di Hospital Miri.

Beliau berkata identiti mangsa diketahui setelah pasukan penyiasat berjaya mengesan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Mukah pada 3 Disember yang melaporkan tentang mangsa telah keluar dari rumah di Mukah pada 27 Nov dan tidak pulang.

Dev berkata mayat mangsa dipercayai dibuang ke dalam sungai pada 30 November dan ketika ditemukan pada Sabtu lepas wajah mangsa mempunyai kesan kecederaan.

“Sebuah kereta Proton Iswara milik suspek telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Untuk rekod, mayat mangsa ditemukan terapung oleh seorang nelayan di Sungai Miri berdekatan dengan Kampung Pulau Melayu pada 6.30 pagi Sabtu lepas.

Ketika ditemukan mayat mangsa berpakaian lengkap, kepala dibungkus dengan guni yang diikat pada bahagian pinggang, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sudah berbau dan reput. – BERNAMA

Tags: kes pembunuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tolak Nostalgia Dongeng, Harapan Palsu – Khairy

Next Post

PAU 2017 Wajar Jadi Perhimpunan Realistik

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

Next Post

PAU 2017 Wajar Jadi Perhimpunan Realistik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd