• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Baik Media Untungkan Rakyat & Negara

oleh AK-47
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hubungan baik pengamal media negara ini dan selatan Thai memberi manfaat kepada kedua-dua negara khususnya rakyat di kawasan sempadan.

Baginda bertitah maklumat atau berita mengenai kepentingan bersama perlu diketahui rakyat kedua-dua negara dan disalurkan dengan pantas oleh media.

“Dalam hubungan ini, media kedua-dua negara harus memainkan peranan dengan berkesan menyalurkan maklumat apatah lagi apabila menyentuh isu-isu sempadan seperti pemerdagangan manusia, penyeludupan komoditi dan barang larangan seperti senjata api dan dadah,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian semasa menerima menghadap 40 pengamal media dari selatan Thailand dan Bangkok di Galeri Diraja, Istana Arau di sini hari ini. Baginda kemudian meraikan mereka pada majlis jamuan tengah hari di galeri itu.

Rombongan itu dalam rangka lawatan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan mereka di Perlis, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini dan turut disertai Timbalan Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran (Pembangunan) Wilayah Selatan Thailand (SBPAC) Laksamana Madya Somkeart Ponprayoon.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah maklumat yang disalurkan harus memberikan kesan dan impak positif terhadap masyarakat selain memperkukuhkan kerjasama dan hubungan dua hala.

“Perbezaan bahasa dan budaya bukanlah penghalang untuk media kedua-dua pihak bekerjasama kerana kedua-dua pihak mempunyai tujuan sama iaitu menyalur maklumat atau berita kepada rakyat,” titah baginda.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin kebolehan sebahagian pengamal media selatan Thai berkomunikasi dalam bahasa Melayumemudahkan perkongsian maklumat.

Baginda mahu media Thailand turut membantu mempromosikan Perlis yang menyediakan kemudahan dalam sektor ekonomi, pendidikan dan pelancongan kepada rakyat Thailand.

“Beta mengambil kesempatan ini mempelawa penuntut dari Thailand menyambung pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menawarkan kepakaran dakam bidang kejuruteraan manakala Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dalam pelbagai bidang berteraskan agama,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Program itu merupakan kerjasama antara Kelab Media Perlis (KEMPs) dan Southern Peace Media Club (SPMC) Selatan Thailand yang mengambil kesempatan itu membincangkan pelbagai agenda kerjasama dua hala selain menyokong usaha antara kerajaan untuk memajukan wilayah-wilayah di sempadan.

Rombongan itu meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang petang ini dan seterusnya Perak esok. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd