• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syafiq Ahmad Digugurkan Ke Piala AFC B-23 2018

oleh AK-47
05/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyerang Kedah, Syafiq Ahmad digugurkan daripada skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan ke China, selepas gagal melaporkan diri ke kem latihan pusat bagi menghadapi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018, Januari depan.

Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee berkata pengguguran Syafiq itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor demi kebaikan pasukan selain memberi peluang kepada pemain berusia 22 tahun itu menguruskan hal perkahwinannya.
“Saya membuat keputusan membenarkan Syafiq menguruskan segala perancangan beliau yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan tidak akan memanggil beliau untuk kejohanan kali ini. Kita akan kekal dengan 29 pemain yang bersama pasukan sekarang.

“Keputusan ini dibuat demi kebaikan pasukan dan juga pemain. Kita sudah berlatih hampir 10 hari dan jika saya memanggil Syafiq yang sekarang tidak berada pada tahap kecergasan baik, kita perlu mengadakan satu sesi latihan khas untuk beliau dan saya tidak nampak perkara itu akan berlaku dalam masa singkat,” katanya.

Kim Swee berkata demikian kepada pemberita pada sesi latihan pusat skuad B-22 yang sudah memasuki fasa kedua latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Pada masa sama, Kim Swee berkata ketiadaan Syafiq merupakan satu kehilangan besar bagi pasukan, namun menegaskan ia tidak akan menjejaskan persiapan pasukan menjelang kejohanan yang julung kali disertai skuad B-22 negara itu.

Menurut Kim Swee, beberapa pemain sedia ada termasuk dua penyerang skuad Bawah 19 Tahun (B-19), Sean Eugene Selvaraj dan Hadi Fayyadh Abdul Razak memiliki potensi besar untuk menggalas tanggungjawab sebagai penggempur di bahagian serangan.

“Kita mempunyai Sean, Hadi dan ramai lagi yang boleh bermain di posisi yang sama dan ketiadaan Syafiq memang merupakan satu kehilangan, tetapi ia membuka peluang kepada pemain-pemain muda yang sudah bersama kita dan menunjukkan komitmen yang cukup tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee mengakui masih belum mempunyai bayangan pemain yang akan dibawa ke China dan hanya akan membuat keputusan selepas membuat penilaian berdasarkan beberapa siri perlawanan persahabatan di dalam dan luar negara.

“Sekarang, peluang masih samar-samar untuk kesemua pemain jadi saya hanya akan menggugurkan tiga pemain sebelum berlepas ke Korea Selatan dan ketika di sana, hanya 23 pemain sahaja yang akan ke China,” katanya.

Skuad B-22 negara dijangka mengadakan perlawanan persahabatan menentang PJ Rangers pada Sabtu ini, diikuti Melaka United 14 Dis sebelum berlepas ke Korea Selatan pada 17 Dis. – BERNAMA

Tags: Datuk Ong Kim Swee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Akan Berjumpa Kim Swee, Exco Sukan

23/07/2018
0

BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23)...

Kim Swee Pilih Baddrol, Rizal Dan Aidil Zafuan

18/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee memilih dua pemain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd