• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awek Tudung Promosi ‘Kondom Berduri’ Minta Maaf

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA Selasa lalu, tular sebuah rakaman seorang gadis manis bertudung litup mempromosi dan menunjukkan cara penggunaan ‘kondom berduri’.

Tindakan yang dirasakan agak keterlaluan itu telah menyebabkan dia terpaksa menanggung malu dan menerima kecaman yang teruk di laman sosial.

Susulan insiden itu, wanita berusia 26 tahun tersebut telah tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menurut wanita yang tidak didedahkan identiti itu berkata, video yang tular itu dihasilkan hanya sekadar suka-suka dan bukan untuk ditayangkan mahupun dipertonton kepada umum.

“Saya bukan nak ‘viralkan’ (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam ‘group’ WhatsApp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka.

“Dalam video tu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.

“Malu sangat selepas ‘viral’ di Facebook (FB),” katanya memetik Harian Metro.

Jelasnya lagi, pemilik kedai menjual barangan kosmetik di tempatnya bekerja turut sama menanggung malu ekoran penyebaran video berkenaan.

“Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam ‘group’ Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu ‘viral’.

“Bukan saya yang ‘viralkan’, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu,” jelasnya.

Bagaimanapun, wanita itu menerusi akaun Facebook miliknya telah tampil mohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan dan berjanji akan  lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Sebelum ini tular di laman sosial sebuah video berdurasi satu minit dan 26 saat yang menyaksikan seorang wanita bertudung mempromosi ‘kondom berduri’.

Selain mempromosi, wanita tersebut dilihat turut mengajar cara penggunaan produk kesihatan seksual lelaki tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: kondomvideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pusat Pemindahan Banjir Di Perlis Ditutup Pagi Ini

Next Post

Konsert Disabotaj ‘Ustaz’, XPDC Buat Laporan Polis

Related Posts

Dunia Berdepan Kekurangan Bekalan Kondom

08/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan kondom global semakin meningkat susulan wabak COVID-19 menyebabkan kilang terpaksa ditutup sehingga menjejaskan bekalan, kata...

Video Seks Mirip Pelakon Lelaki Tular

26/02/2020
0

SATU video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Malah, gambar...

Next Post

Konsert Disabotaj 'Ustaz', XPDC Buat Laporan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd