• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Svenson Perkenal Teknologi Canggih Masalah Rambut

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar penjagaan rambut yang berpusat di London, Svenson memperkenalkan Svenson Hair Filler, rawatan berteknologi canggih Active Complex yang telah terbukti melalui ujian klinikal menjanjikan rambut lebih lebat dan tebal dalam masa 12 minggu.

Di Malaysia sahaja, bilangan orang yang mengalami masalah keguguran rambut disebabkan penyakit autoimun, Alopecia Areata, telah meningkat sehingga ke 11.1% sejak 1990.

Peningkatan ini membuktikan perlunya satu jalan penyelesaian bagi masalah keguguran rambut dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dengan Svenson’s Hair Filler, yang dijamin dapat mengurangkan masalah rambut gugur, rawatan ini mampu mengembalikan kulit kepala dan folikel (dalam kulit kepala) lebih sihat dan merangsang pertumbuhan rambut yang lebih lebat dan tebal.

Kim Fong, Ketua Trikologi Svenson

Joanne Yeong, Pengarah Operasi (Malaysia) Svenson berkata rawatan terbaru ini mensasarkan golongan yang menghadapi masalah keguguran rambut dan kulip kepala disebabkan oleh pelbagai faktor.

“Kami amat berbangga untuk membawa teknologi Hair Filler Treatment terkini ke sini untuk membantu mengurangkan masalah rambut gugur dan rambut nipis di kalangan warga Malaysia.

“Dengan kemajuan teknologi di hujung jari pada hari ini, kami merancang untuk memanfaatkan kelebihan ini dengan memajukan lagi industri trikologi di Malaysia,” tambah beliau.

Terkandung di dalam rawatan rambut ini ialah bahan-bahan aktif yang konsisten dan peptida (sebatian yang terbentuk daripada dua asid amino) yang telah dipatenkan akan mengalir terus ke akar rambut, dengan menggunakan teknologi “time-release” secara berterusan yang dijamin memberi kesan positif terhadap rambut.

Bahan aktif kompleks di dalam rawatan ini dicipta untuk menggalakkan perjalanan darah di dalam kulit kepala di samping membantu meransang pertumbuhan rambut dengan meningkatkan saiz rambut di dalam kulit kepala justeru memanjangkan jangka hayat rambut.

Berucap mengenai bagaimana masalah keguguran rambut dialami oleh semua orang tidak mengira jantina dan lapisan umur, Ketua Trikologi Svenson dengan lebih 16 tahun pengalaman di dalam industri, Kim Fong menjelaskan bahawa kesedaran mengenai kesihatan rambut masih lagi rendah di kalangan masyarakat di Malaysia.

“Di negara lain seperti di Amerika Syarikat, mereka terpaksa membayar ratusan dollar bagi menjalani pemeriksaan kulit kepala dan perundingan, namun di Malaysia, Svenson melakukan ia secara percuma namun masih ramai yang tidak sedar akan perkara ini. 

“Terdapat banyak faktor luaran yang menyebabkan rambut gugur dan masalah kulit kepala di kalangan masyarakat di Malaysia dan ia merupakan langkah terbaik apabila pesakit datang kepada kami pada peringkat awal masalah yang dihadapi,” beliau berkata.

Menurut Kim Fong, isu keguguran rambut meningkat dengan mendadak menjadikan ia penyakit utama pada abad ke-21 dan ia kini perlu diberi perhatian lebih serius oleh pesakit.

“Ia mungkin mengejutkan bagi kebanyakan kita, namun pada hari ini kanak-kanak berumur 10 tahun juga mengalami masalah keguguran dan ini satu perkembangan yang amat membimbangkan kerana ia akan memusnahkan keyakinan diri mereka.

“Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini adalah kajian telah menunjukkan kulit kepala manusia mengeluarkan dua ke tiga kali ganda lebih minyak berbanding di bahagian muka.

“Walaubagaimanapun, ramai antara kita hanya bertungkus-lumus mencuci wajah mereka dan bahagian rambut sering dipinggirkan,” kata beliau.

Dengan lebih 60 tahun pengalaman di dalam industri rambut dan kulit kepala, Svenson sangat yakin dengan penggunaan teknologi yang canggih dan teknik yang telah diperakui ini mampu memberi kesan positif kepada pesakit yang mengalami masalah rambut menipis dan keguguran.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.svensonhair.com.my dial 1800 22 8333, atau kunjungi outlet Svenson berdekatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: iklanpenjagaanrambut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

21/07/2022
0

Kuala Lumpur : Polis mengesan iklan tawaran palsu keahlian dan penggunaan lambang Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang menawarkan pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd