• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Cukur Jambul Cucu Lelaki PM Di Seri Perdana

oleh
04/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berangkat hadiri majlis cukur jambul dan doa selamat cucu lelaki Perdana Menteri, Adam Razak Daniyar di Seri Perdana di sini semalam.

Dalam majlis itu, Seri Paduka turut menyempurnakan upacara tahnik dan bercukur jambul ke atas Adam Razak sambil disaksikan kenamaan yang hadir terma­suk kerabat diraja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan anggota Kabinet.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis itu.

Majlis tersebut turut dihadiri bonda Perdana Menteri, Tun Rahah Mohammad Noah.

Kenamaan lain yang turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Majlis dimulakan dengan ber­selawat diikuti bacaan ayat al-Quran. Ini diikuti dengan upacara bertahnik dan bercukur jambul.

Adam Razak, tiga bulan, merupakan putera kepada anak pe­rempuan Perdana Menteri dan Rosmah, Nooryana Najwa yang bernikah dengan Daniyar Nazarbayev pada 2015.

Pada 24 Ogos lepas, Perdana Menteri berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cucu lelaki baharunya menerusi laman Twitter.

Berita itu mendapat per­ha­­tian ne­tizen yang sama-sama berkongsi rasa gem­bira dan mengucapkan tahniah kepa­da Najib dan ke
luarga. – BERNAMA

Tags: Seri PerdanaYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd