• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papagomo Berjaya Bayar Saman Anwar Hampir RM1j

oleh
04/12/2017
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENULIS blog politik tempatan, Wan Muhammad Azri Wan Deris sekali lagi ‘menggemparkan’ Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila berjaya menjelaskan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger berusia 35 tahun itu dilaporkan telah menjelaskan keseluruhan ganti rugi berjumlah RM951,260.27 kepada tokoh pembangkang veteran terkenal berkenaan sekali gus terselamat daripada dirinya diisytiharkan sebagai muflis.

Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Muhammad Azri malahan mengesahkan pembayaran yang dibuat oleh anak guamnya itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Husna Dzulkifli.

Defendan yang turut hadir memberitahu pemberita bahawa beliau melunaskan sebanyak RM1,260.30 dalam bentuk tunai (iaitu wang kertas RM1 dan duit syiling 30 sen) manakala bakinya RM950,000 dalam bentuk bank deraf.

Sementara itu, peguam J. Leela yang mewakili plaintif memberitahu media, mahkamah menetapkan esok untuk pihaknya menarik balik prosiding petisyen kebankrapan terhadap Wan Muhammad Azri susulan kejayaan tersebut.

Anwar, 70, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri pada 21 Mac 2013 kerana mendakwa blogger itu menyiarkan artikel dan paparan rakaman video seks sejenis secara berturut-turut dari 16 Mac hingga 20 Mac 2013.

Ia disebarkan dengan begitu tular meluas menerusi blog milik Wan Muhammad Azri iaitu www.papagomo.com. Defendan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarang Portal KL Pos Media & Production Sdn. Bhd.

Pada 28 Februari 2014, Hakim Rosilah Yop memerintahkan defendan membayar jumlah ganti rugi berserta kos kepada Anwar selepas mendapati tokoh PKR itu berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau.

Namun Wan Muhammad Azri kemudian gagal melangsaikan bayaran berkenaan. Bagaimanapun pada 2 November lalu, beliau memberi jaminan kepada mahkamah sedia menjelaskan ganti rugi itu dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Husna justeru menetapkan 4 Disember sebagai tarikh akhir untuk sesi dengar prosiding petisyen muflis Wan Muhammad Azri ekoran kegagalan defendan untuk membayar jumlah tersebut kepada pemimpin tertinggi PKR itu.

Sementara itu, defendan yang mesra disapa sebagai Papagomo berkata, beliau menerima sumbangan daripada ahli UMNO Bahagian Wangsa Maju dan penyokongnya selepas mengadakan program kutipan selama tiga bulan.

Ujarnya lagi, beliau sebelum itu cuba memohon kepada peguam plaintif untuk membayar ganti rugi secara ansuran, tetapi ditolak selepas Anwar memfailkan petisyen kebankrapan terhadap dirinya di mahkamah pada 30 Jun lalu.

Wan Muhammad Azri setakat ini menafikan dirinya sebagai Papagomo dan mengajuk ayat Anwar ketika isu video seks itu tular dengan kata: “Tiada bukti kukuh. Muka macam saya, tapi bukan saya!” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: papagomoWan Muhammad Azri Wan Deris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

Bicara Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo, 2 Lagi Bermula 2 Oktober

05/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan...

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

Papagomo Mohon Maaf Kepada Ketua Polis Negara, Mahkamah

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd