• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norman Hakim Bakal Timang Anak Keenam

oleh AK-47
04/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza di atas berita yang dikongsikan baru-baru ini menerusi laman Instagram mereka.

Melalui status dihantar yang dimuat naik oleh Norman, Memey disahkan sedang menghamilkan anak ketiga mereka!

Kata Norman, Memey sudahpun membuat pemeriksaan doktor baru-baru ini dan telah mengesahkan kehamilan tersebut.

“@danishhakim_243, @marissadania_, @mariadanishahakim_2008 dan @awishzarisz nak dapat adik!

“Dan dengan izin Allah saya buat ‘pengumuman rasmi’ ini pun lepas dah pergi buat pemeriksaan kat klinik dan Dr. Zarina Bibi sahkan yang isteri saya, Memey Suhaiza mengandung,” tulisnya.

Sudah pasti bukan hanya Norman dan Memey sahaja yang gembira dengan berita ini, malah, Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria turut menumpang gembira atas berita yang dikongsikan.

Norman menyatakan dia merupakan orang terakhir yang mengetahui tentang berita tersebut. Katanya, Memey memang sengaja untuk membuat kejutan pada hari Jumaat yang lalu.

“Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu. Mama (Abby), Abah (Faizal) dan lima anak semua dah tahu awal sebelum ini.

“Mereka sengaja merahsiakannya. Memang Mummy (Memey) nak tunggu masa Jumaat (1/2/17) untuk bagitahu,” tulisnya lagi.

Pada hari Jumaat itu juga merupakan hari yang sangat bermakna buat mereka sekeluarga. Ia merupakan hari ulang tahun kelahiran Abby Abadi.

Malah, anak mereka, Mohamed Danish Hakim turut disahkan telah mendapat tempat untuk menyambung pengajiannya di Turki pada Januari depan.

Nampaknya, rezeki berganda buat keluarga besar ini ya… Dalam pada itu, Norman mengakui sudah merasai ‘pembawakan budak’ sejak dua minggu yang lalu.

“Tak tahu nak cakap macam mana, tapi boleh rasa ‘pembawakan’ itu sejak dua minggu yang lepas.

“Rasa itu tak pernah bohong. Kali ini ‘rasa’ sama macam masa Marissa Dania dalam kandungan dulu,” katanya.

Norman dan Memey turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang rata-ratanya turut gembira dengan berita yang dikongsikan itu serta ucapan tahniah yang menghujani laman Instagram mereka.

Melalui perkahwinannya dengan Abby, Norman dikurniakan tiga cahaya mata, manakala dua cahaya mata lagi hasil perkahwinannya bersama Memey. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Memey SuhaizaNORMAN HAKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langgar SOP: Norman, Abby Dikompaun RM2,000

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur...

Ziarah Raya: Norman, Abby Direkod Keterangan

18/05/2021
0

AMPANG - Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd