• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja 18 Tahun Cabul 50 Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CALIFORNIA – Seorang remaja yang dituduh mencabul dua kanak-kanak lelaki, akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu terhadap lebih 50 kanak-kanak sejak lapan tahun lalu.

Joseph Hayden Boston, 18, ditahan Sabtu lalu apabila dibawa ibunya ke balai polis selepas remaja itu memaklumkan beliau mencabul dua kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dan 8 tahun di sebuah motel di Riverside, di sini, beberapa jam sebelum itu.

Jabatan Polis Riverside dalam satu kenyataan berkata, suspek menetap di motel itu dan menjalinkan persahabatan dengan kedua-dua mangsa yang turut menetap di premis berkenaan bersama ibu bapa mereka.

Jurucakap polis, Ryan Railsback, dalam satu kenyataan berkata, Boston menghubungi ibunya dan menceritakan mengenai kejadian itu sejurus selepas melakukan perbuatan terbabit.

“Suspek disoal siasat pegawai bertugas dan mengaku melakukan serangan seksual ke atas mangsa di dalam biliknya.

“Dia turut mengaku mencabul lebih 50 kanak-kanak lelaki lain sejak berusia 10 tahun di bandar berbeza yang didiaminya selama ini,” katanya.

Kedua-dua mangsa kini berada dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Riverside.

Boston didakwa dengan dua pertuduhan melakukan seks oral ke atas kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun dan dihantar ke penjara daerah dengan jaminan sebanyak AS$ 1 juta (RM4.09 juta). – REUTERS/BH ONLINE

Tags: cabulremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd