• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Pemimpin Srikandi PPBM Pun Umum Keluar Parti

oleh
04/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pergolakan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin parah apabila menyaksikan ‘gelombang’ ramai pemimpin dan ahlinya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Terbaharu lima pemimpin Srikandi termasuk seorang exco kebangsaan sayap wanita parti berkenaan, Zuraini Kamal, mengumumkan keluar parti hari ini selepas berasa kecewa dengan kepemimpinan organisasi berkenaan.

Dua lagi ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM Kedah yang juga Ketua Srikandi PPBM Bahagian Pendang, Halimaton Saadiah Shah Mat serta Ketua Srikandi PPBM Bahagian Pokok Sena, Rukiza Abu Bakar.

Turut sama ialah dua lagi AJK Srikandi PPBM Bahagian Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad, lapor media tempatan yang mengikuti sidang akhbar khas diadakan oleh kumpulan terbabit di sini pada Ahad.

Zuraini yang juga Ketua Srikandi Bahagian Kuala Kedah, berkata keputusan itu, antara lain didorong oleh isu perpecahan dalam PPBM, budaya fitnah berleluasa serta tidak boleh buat teguran terhadap pemimpinnya sendiri.

Beliau juga mendakwa wujud rombakan jawatanparti yang menyaksikan dua individu dilantik pada kedudukan sama, sehingga mengakibatkan mereka mulai tawar hati dan hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Bagaimanapun, beliau menafikan tindakan mereka itu kerana menerima tajaan daripada mana-mana pihak terutama parti lawan. Sebelum ini situasi sama turut berlaku di Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

“Setelah berfikir panjang dan berbincang, kami mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan Exco Srikandi Malaysia, Ketua Srikandi bahagian serta meninggalkan PPBM berkuat kuasa dengan serta-merta.

“Kami dimaklumkan ramai lagi sudah keluar PPBM tetapi berdiam diri,” kata Zuraini sambil mendakwa terlalu banyak isu polemik berlaku dalam PPBM tetapi tidak diuruskan baik dan ditangani secara serius pucuk pimpinan.

“Memang benar PPBM baharu setahun jagung, namun pemimpinnya sangat berpengalaman. Usia PPBM di peringkat penajaan tidak boleh dijadikan alasan.

“Kami mencadangkan kepada pemimpin (PPBM) mendengar suara akar umbi untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai ahli keluar parti. Kami kecewa kerana tiada perubahan dalam parti ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa berlaku budaya fitnah dalam PPBM tetapi tiada siasatan dilakukan, selain ramai ahli diketepikan atau ditukar jawatan hanya kononnya ada salah laku.

“Ini sangat berbahaya dan mereka pula tidak berpeluang membela diri. PPBM sepatutnya amalkan bersatu, bukan saling kata-mengata dan kipas-mengipas,” katanya.

Zuraini berkata, walaupun pihaknya cuba memberikan pandangan dan teguran melalui saluran yang betul kepada kepemimpinan parti, malangnya jawatan mereka pula dirombak.

“Rombakan jawatan menyebabkan dua individu dilantik atas kedudukan sama. Ia sesuatu tidak sepatutnya berlaku, sekali gus memecah belah keharmonian di peringkat bahagian… belum pernah ada bahagian wujud dua ketua srikandi.”

Zuraini juga mendakwa sering menggunakan wang sendiri bagi menjalankan program parti di peringkat bahagian ketika bersama PPBM tanpa bantuan pihak kepimpinan atasan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd