• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WIPKL: Tingkat Kepimpinan Wanita Kekal Relevan

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan antarabangsa Wanita dalam Politik 2017 (WIPKL) yang bermula esok, akan mewujudkan satu platform bagi wanita mengguna pakai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk kekal relevan dalam era digital, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Jalil.

Bertemakan ‘Wanita dan Revolusi Industri 4.0: Kepimpinan dan Kesaksamaan Substantif’, beliau berkata persidangan dua hari itu akan mewujudkan kesedaran bagi wanita dalam politik untuk memahami dan menggunakan teknologi.

“IR4.0 adalah mustahak untuk pemimpin wanita dalam politik memahami dan memimpin wanita agar terus relevan. Sekiranya tidak memahami IR4.0, mereka akan ketinggalan.

“Persidangan ini penting bukan sahaja untuk wanita Malaysia tetapi kami berharap ia dapat mewujudkan laluan politik baharu buat semua pemimpin wanita khususnya dalam politik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin wanita asing di sini hari ini.

WIPKL 2017 diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO. Persidangan itu pertama kali diadakan pada 2015 semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015.

Shahrizat berkata penceramah dari 18 negara dan 27 parti politik termasuk Amerika Syarikat, Uganda, Palestin, Mauritius, Kyrgyzstan akan menyertai persidangan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berharap persidangan yang akan dihadiri oleh wanita-wanita ikonik akan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di negara ini, khususnya mereka yang terlibat dalam bidang politik untuk lebih berjaya.

“Kita akan membawa resolusi persidangan ini kepada negara-negara yang terlibat. Selain itu, saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memastikan wanita Malaysia tidak ketinggalan dalam dunia politik,” katanya.

Kira-kira 1,000 delegasi dijangka menyertai WIPKL 2017. Antara penceramah yang terlibat ialah Ketua Whip Kerajaan Uganda Ruth Nankabirwa, Menteri Kedua Tenaga Manusia Singapura Josephine Teo dan Pengarah Serantau Wanita PBB bagi Asia Pasifik Dr Miwa Kato.

Persidangan itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepimpinan wanita dan kesaksamaan substantif dalam konteks IR4.0 selain merupakan peluang kepada delegasi membina hubungan baharu dan menggalakkan perbincangan mengenai isu wanita dan politik.

WIPKL 2017 yang dianjurkan oleh Wanita UMNO akan dirasmikan oleh Najib esok. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Shahrizat Abdul JalilWIPKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

Shahrizat Tidak Pertahan Jawatan Ketua Wanita UMNO

06/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd