• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Derita Kanak-Kanak Miliki Mata Tak Boleh Berkelip

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Seorang kanak-kanak perempuan menderita tidak dapat mengelipkan matanya sejak dilahirkan selepas disahkan menghidap penyakit berkaitan kromosom.

Dilahirkan pada 2006 dan tinggal di Jertih, Terengganu, Anis Suraya Tuan Azam yang kini berusia 9 tahun tidak pernah mengelip apatah lagi menutup matanya yang terbuka sepanjang masa dalam keadaan separuh, seperti individu mengantuk.

Memetik kenyataan bapanya, Tuan Azam Tuan Kechik kepada akhbar Sinar Harian, “Mata Anis berbujur keluar tetapi kelopaknya terbuka seperti mata kuyu. Kedua-dua belah mata itu merah selain menampakkan urat di kedua-dua bahagian kelopak.”

Bapa mana yang tidak sedih melihat situasi tersebut menimpa darah daging sendiri. Oleh itu, Tuan Azam kerap membawa Anis mendapatkan rawatan.

Namun begitu sehingga kini, penyakit ditanggung kanak-kanak tersebut tidak dapat diubati dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan dibekalkan doktor.

“Kadangkala dia mengadu matanya sakit, saya tidak boleh buat apa-apa, hanya sekadar memberinya makan ubat untuk mengurangkan rasa sakit yang ditanggung.

“Pihak hospital ada menawarkan pembedahan untuk membuka kelopak matanya lebih luas tetapi saya menolak berikutan pembedahan itu tidak dapat mengubat supaya mata Anis berkelip sebaliknya hanya meluaskan kawasan mata.”

Namun demikian kata Tuan Azam, anaknya itu seorang yang bijak di sekolah serta mudah mengenal dan boleh mengaji Al-Quran.

Buat insan yang ingin membantu meringankan beban ditanggung Anis, bolehlah hubungi 014-5387842 bagi menyalurkan sumbangan. – MYNEWSHUB.CC

Kronologi Hasil Pembedahan Plastik Di Korea 

https://www.youtube.com/watch?v=PAQQJAwrSv8

Tags: cacatkanak-kanakPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd