• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

173 Kes Baharu HIV Direkodkan Di Pahang

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang pada pada tahun ini, dengan 82 peratus daripadanya adalah lelaki.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha’ari Ngadiman berkata 57 peratus daripada jumlah itu adalah anak muda yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun.

“Pahang juga menunjukkan tren penurunan kes baharu HIV sebanyak 74 peratus berbanding tahun 2002. Kes pertama direkodkan di Pahang pada tahun 1989 dan jumlah kumulatif sehingga 18 Nov lalu ialah 11,156 kes HIV.

“Daripada jumlah itu, 2,328 ialah kes AIDS dan terdapat 2002 pesakit HIV dan AIDS telah meninggal dunia,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 Peringkat Pahang di Serambi Teruntum di sini, semalam.

Dr Sha’ari menambah statistik rawatan anti-retroviral (ARV) di Pahang untuk tempoh Januari hingga September lalu pula mencapai 28.4 peratus, meningkat daripada 16.8 peratus pada tahun 2016.

Sehubungan itu, Dr Sha’ari menasihatkan mereka yang berisiko tinggi mendapat HIV menjalani ujian saringan secara percuma bagi membolehkan rawatan ARV dilakukan segera untuk menurunkan virus itu selain mengurangkan risiko kadar jangkitan.

“Jabatan juga akan melakukan siasatan untuk mengetahui risiko jangkitan dan mereka sebenarnya tidak perlu bimbang kerana kerahsiaan mereka akan dijaga dengan baik bagi mengelakkan stigma masyarakat.

“Kita tidak akan menggunakan kenderaan rasmi jabatan apatah lagi memakai uniform semasa ke rumah pesakit. Oleh itu, saya menyeru sesiapa yang berisiko tinggi untuk tidak berasa malu untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.

Dr Sha’ari menambah mereka juga tidak perlu bimbang dengan kos rawatan kerana dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, dengan anggaran sebanyak RM1,900 sebulan untuk seorang pesakit.

Beliau berkata kes pertama HIV di Pahang mempunyai nilai tersendiri kepadanya kerana beliau antara pegawai yang terlibat semasa seorang wanita asing yang mendapatkan rawatan di Hospital Mentakab, Temerloh dekat sini, dikesan menghidapnya. – BERNAMA

Tags: HIV/AIDSPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd