• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Gambar Pijak Bangkai Babi Hutan, Ini Penjelasan MMU

oleh AK-47
09/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

5 JANUARI lalu, gambar seorang lelaki memijak bangkai babi hutan yang tersesat masuk ke dalam Perpustakaan Digital Siti Hasmah di kampus Universiti Multimedia (MMU) di Cyberjaya, Selangor viral di laman sosial.

Susulan itu, ramai menganggap haiwan tersebut telah dibunuh sekaligus menyifatkan ia sebagai sesuatu yang kejam.

(BACA: Babi Hutan Sesat, Masuk Library Universiti Multimedia!)

Justeru, pihak pengurusan MMU telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kejadian sebenar yang juga pertama kali berlaku di perpustakaan itu.

Menurut pihak universiti, sebarang bentuk kezaliman terhadap mana-mana haiwan tidak pernah dibenarkan berlaku di sana.

Kes tempoh hari telah dikendalikan sebaik-baiknya oleh pihak berkuasa termasuk Unit Keselamatan MMU, Unit Keselamatan dan Kesihatan (OSHE) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).

“Kecederaan haiwan itu tidak ada kaitan dengan manusia, sebaliknya disebabkan oleh panel kaca yang pecah apabila ia mrempuh masuk ke dalam perpustakaan itu.

“Semakin lama haiwan itu berada dalam perpustakaan, semakin itulah ia menjadi agresif dan ganas. Langkah menangkapnya perlu diambil bagi memastikan tidak ada yang tercedera, terutama para pelajar dan kakitangan MMU. Dalam proses itu, ia mati akibat kecederaan yang dialaminya sebelum itu,” kata pihak universiti.

Merujuk pada gambar seorang lelaki dilihat meletakkan sebelah kakinya di atas bangkai haiwan tersebut, MMU menjelaskan ia bukanlah bertujuan memijaknya, tetapi untuk mengesahkan sama ada babi hutan itu sudah mati atau tidak.

“Malangnya, ramai yang salah faham. Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak media dan juga masyarakat. Keselamatan semua pihak yang berada di dalam premis sememangnya menjadi keutamaan kami,” jelas pihak MMU.

Diharapkan penjelasan ini dijadikan peringatan oleh semua agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi gambar tanpa meletakkan sebarang penjelasan sahih di laman sosial selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

Tags: babigambar viralhaiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin Lahirkan Anak Kembar Lelaki 

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, berkongsi khabar gembira apabila selamat melahirkan sepasang bayi...

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor-  Titah Sultan

Jangan Ternak Babi Di Dalam Negeri Selangor- Titah Sultan

10/02/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM 10 FEB. – Sultan Selangor menegaskan bahawa Baginda tidak berkenan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd