• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Ditangguh, 13 RUU Diluluskan

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke-13 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 25 hari dan meluluskan 13 Rang Undang-Undang (RUU).

Banyak pihak menjangkakan bahawa persidangan kali ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan selewat-lewatnya pada Jun depan.

Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017, yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, diluluskan dengan undian suara majoriti.

Antara yang utama ialah RUU Perbekalan 2018 dan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 selain RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang memperuntukkan supaya satu sistem insurans disediakan bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan faedah bantuan kewangan.

Turut diluluskan ialah RUU Kewangan (No. 2) 2017, RUU Cukai Pendapatan (Pindaan) 2017, RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2017 dan RUU Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2017.

Selebihnya, adalah RUU bagi melakukan pindaan kepada akta sedia ada termasuk RUU Pusat Jagaan (Pindaan) 2017, RUU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Pindaan) 2017, RUU Industri Pelancongan (Pindaan) 2017, dan RUU Timbang Tara (Pindaan) 2017.

RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 juga telah diluluskan bagi membolehkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenakan penalti kewangan serta memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang bagi perkhidmatan pengawal seliaan.

Selain itu, kelulusan RUU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Pindaan) 2017 juga untuk penubuhan pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia bagi membolehkan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku sesuatu musibah. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd