• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Setiausaha Agung ASEAN Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Bekas Setiausaha Agung ASEAN dan bekas Menteri Luar Thailand, Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan meninggal dunia hari ini akibat kegagalan jantung.

Ahli politik tersohor Thailand berusia 68 tahun itu rebah ketika sedang bersiap untuk menghadiri majlis Perhimpunan Halal Thailand 2017 dan dibawa ke Hospital Ramkhamhaeng sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang (waktu tempatan).

“Beliau tiba-tiba rebah di kediamannya di Ramkhamhaeng kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan) dan segera dibawa ke Hospital Ramkhamhaeng Hospital, sebelum disahkan meninggal dunia sejurus selepas dimasukkan ke wad,” kata seorang daripada pembantu beliau dan seorang pemimpin parti Democrat kepada Bernama di sini hari ini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Alisa dan tiga anak.

Surin merupakan Timbalan Menteri Luar Thailand dari 1992 hingga 1995 dan kemudian menjadi Menteri Luar negara berkenaan dari 1997 hingga 2001 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Chuan Leekpai dan tujuh tahun selepas itu, pada 1 Jan 2008, beliau dinamakan sebagai Setiausaha Agung ASEAN.

Beliau dilahirkan pada 28 Okt 1949 di daerah Muang, Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand dan lulus dalam bidang sains politik dari Claremont College di California pada 1972 serta memperoleh ijazah Sarjana daripada Harvard University.

Allahyarham menyertai politik pada 1986 sebagai calon parti Democrat dan memenangi kerusi di kawasan pilihan raya di tempat asalnya, Nakhon Si Thammarat, dalam semua pilihan raya dari 1986 hingga 2005.

Awal tahun ini, timbul khabar angin kononnya Surin sedang mempertimbangkan untuk bertanding sebagai calon bagi jawatan gabenor Bangkok, sekiranya pertandingan bagi jawatan itu dibenarkan.

Sementara itu, pembantu beliau turut memberitahu Bernama jenazah Surin telah pun dituntut keluarganya dan dibawa ke rumahnya di Tha It in Nonthaburi, dekat Bangkok.

Menurutnya jenazah Allahyarham akan dibawa dengan penerbangan ke kampung halamannya di Nakhon Si Thammarat sama ada malam ini atau awal pagi esok untuk disemadikan selepas solat Jumaat. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd