• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahasiswa Jangan Terpedaya Pelaburan Mata Wang Digital

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahasiswa diminta tidak terpedaya dan mengambil risiko tinggi dengan membuat pelaburan dalam Bitcoin yang membabitkan mata wang digital atau mata wang kripto.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ini kerana pada masa ini tiada garis panduan perundangan tetap mengenai penggunaan mata wang digital itu.

“Bagi saya, tidak perlu (melabur) kerana Bitcoin ini terlalu spekulatif dan samar-samar tanpa garis panduan tetap.

“Jadi lebih baik kita tunggu satu garis panduan yang bakal dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dahulu,” katanya pada forum ‘Kos Sara Hidup Anak Muda: Cabaran dan Solusi’ sempena Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas), di sini hari ini.

Baru-baru ini, Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata pihaknya akan mengeluarkan garis panduan berkenaan mata wang kripto menjelang akhir tahun ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata sebaiknya mahasiswa melaburkan simpanan mereka dalam pelaburan yang dilindungi undang-undang dan diiktiraf kerajaan.

Pemanas, bertemakan ‘Mahasiswa Arkitek Alaf Baru’, dihadiri kira-kira 350 mahasiswa daripada universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelbagai isu anak muda khususnya berkaitan mahasiswa.

Forum itu juga sebahagian daripada program menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang akan bermula Selasa ini.

Menyentuh mengenai kos sara hidup yang kian meningkat, Hamzah berkata mahasiswa perlu bijak merancang perbelanjaan harian mereka.

Katanya kenaikan harga barang adalah satu perkara biasa terutama apabila sesebuah negara itu berubah dan menuju ke arah negara yang lebih maju. – BERNAMA

Tags: bitcoin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bitcoin Haram: Pelombong Curi Elektrik RM4.53 Bilion Dari Grid TNB

Bitcoin Haram: Pelombong Curi Elektrik RM4.53 Bilion Dari Grid TNB

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Aktiviti perlombongan Bitcoin secara haram di Malaysia terus menjadi ancaman serius apabila pihak berkuasa dilaporkan sedang memburu pengendali...

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd