• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iskandar Malaysia Raih Pelaburan RM244.46 Bilion

oleh Ahmad Albab
03/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM244.46 bilion antara 2006 dan 30 September 2017, dengan 54 peratus daripada pelaburan berkenaan sudah direalisasikan, kata Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.

Beliau berkata pelabur tempatan menyumbang RM149 bilion atau 61 peratus daripada pelaburan komited terkumpul itu manakala baki RM95 bilion (39 peratus) adalah pelabur asing.

Ismail berkata ini mencerminkan keyakinan pelabur yang berterusan di Iskandar Malaysia setelah ia bergerak ke arah objektif pembangunan jangka panjang.

Sementara itu, mengenai Inventori 2016 Gas Rumah Hijau (GHG) Iskandar Malaysia, ia menunjukkan pengurangan ketara sebanyak 10 peratus dalam pelepasan, walaupun dengan perkembangan pesat di rantau ekonomi tersebut.

Ini adalah peningkatan berbanding pengurangan tujuh peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, katanya.

“Sebagai satu-satunya rantau ekonomi yang mengambil bahagian dalam pelaporan karbon, saya sangat gembira untuk berkongsi kemajuan yang baik dalam memantau pelepasan GHG Iskandar Malaysia dengan menjejaki kesan dan prestasi pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Iskandar Malaysia (LCSBPIM),” kata Ismail.

Selain itu, inisiatif bandar pintar Iskandar Malaysia adalah selaras dengan aspirasi negeri Johor seperti yang digariskan dalam Bajet Negeri Johor 2018 yang diumumkan baru-baru ini.

“Segala agenda lestari ini adalah menjadikan Iskandar Malaysia sebuah metropolis pintar yang meliputi aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial.

“Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan keterangkuman Iskandar Malaysia memberi manfaat kepada rakyat bukan sahaja di rantau ini tetapi juga di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

Shamsul Iskandar Baca Talkin Pilihan Raya, “Wahai Pengundi Johor…”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – "Wahai pengundi-pengundi Johor.. akan datang kepada kamu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN). Janganlah kamu merasa gerun...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd