• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izreen Dah Nikah, Isteri Pertama Tak Kisah Bermadu

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA segala tanda tanya terjawab apabila isteri pertama kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda, ‘membocorkan rahsia’ dan menerima Izreen Azminda sebagai madunya.

Menurut portal mStar Online, sebuah portal berita tempatan telah menyiarkan kenyataan daripada isteri pertama pemuzik tersebut yang dikenali sebagai Intan.

Difahamkan Intan telah mengetahui perkara tersebut pada sekitar dua minggu yang lalu dan dia redha dengan takdir bahawa dia sudah dimadukan.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

“Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya redha dan terima takdir yang telah ditentukan,” kata Intan.

Rumah tangga mereka kini berusia empat tahun dan telah dikurniakan dua orang anak yang berusia antara 11 bulan dan tiga tahun.

Dalam masa yang sama, Intan seakan-akan pasrah dan mengakui bahawa apa yang terjadi itu berpunca daripada kekurangannya sebagai seorang isteri.

“Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

“Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami,” ujarnya lagi.

Namun, Izreen masih belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara ini.

Menurut sumber, Izreen bakal mengadakan satu majlis doa selamat pada 7 Disember depan di Damansara Perdana.

Sebelum ini, peminat setia Izreen seakan-akan tertanya tanya apabila pelakon berusia 32 tahun itu ada menukar biodata di Instagram miliknya dengan menulis ‘Madam Izreen’. Tetapi selepas beberapa hari, tulisan itu sudah tidak kelihatan lagi.

Apa pun, selamat diucapkan kepada Izreen diatas perkahwiann yang berlangsung. Semoga perkahwinan kali ini akan memberi kebahagian Izreen dan anak, Muhammad Adrian Umar. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Gegar Vaganzaizreen azmindakahwinpemuzik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

Tilintetgjort, Troll Dibarisi Pemuzik Norway Yang Terkenal Dan Berpengalaman

22/07/2024
0

Oleh ABDUL AZIZ ITAR TILINTETGJORT mungkin perkataan yang sedikit sukar untuk disebut bagi yang bukan berbahasa Norway. Namun, bagi para...

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd