• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Memilih Watak, Asal Lakonan Bermutu – Syafie

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAIZ fizikal seseorang adakalanya tiada kena-mengena dengan usianya; ada yang bertubuh kecil tapi sudah berusia dan ada juga remaja yang berbadan besar dan tinggi lampai.

MUngkin kerana wajahnya yang kelihatan lebih muda berbanding usia, Syafie Naswip tidak pernah mengeluh walaupun sekali apabila sering ditawarkan watak remaja.

Dia juga mengakui bahawa wajah dan saiz fizikalnya merupakan sebab utama kenapa dia sering membawa watak yang sama dalam lakonan.

Kini usianya sudah menjangkau 25 tahun dan sebagai seorang pelakon, Syafie tidak pernah memilih watak yang diberikan serta sentiasa menganggap bahawa saiz badan dan wajahnya akan memberi kelebihkan kepadanya suatu hari nanti.

“Saya tak nafikan bentuk saiz badan dan wajah merupakan sebab saya sering mendapat watak remaja sahaja dalam setiap tawaran lakonan.

“Mungkin ada ramai pelakon yang sebaya dengan saya sudah diberi peluang untuk membawakan watak seorang bapa, sedangkan saya masih dengan karakter remaja.

“Namun perkara itu tidak mematahkan semangat saya untuk berkarya kerana apa yang penting lakonan saya dapat memberi kesan kepada penonton.

“Bagi saya biarlah masa yang menentukan kerana mungkin apabila sudah memasuki usia 30 tahun nanti watak itu sesuai untuk saya pula,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Sebelum ini ketika zaman kanak-kanaknya, Syafie dikenali menerusi filem Mukhsin arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad dan dia turut memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik ketika Festival Filem Malaysia ke-20 iaitu pada tahun 2007.

Dalam perkembangan kariernya, pelakon kelahiran ibu kota Kuala Lumpur itu bakal muncul dalam filem Jibam.

Filem Jibam merupakan karya arahan Che Mie dan turut merupakan filem adaptasi daripada novel yang popular sekitar tahun 90-an, hasil tulisan kartunis Ibrahim Anon atau Ujang dan bakal ditayangkan pada 7 Disember ini.

Selain Syafie, filem itu turut dibarisi oleh adik Ariff Abdullah, Esma Danial, Farah Ahmad, Fadlan Hazim, Mia Ahmad, Bohari Ibrahim, dan ramai lagi.

Tak mengapalah Syafie, walaupun berbadan kecil, tapi bakat besar tu yang menjadi keutamaan! Kecil kecil ubi berisi ya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Jibammukhsinsyafie naswip
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Impian Syafie Naswip Beli Rumah Untuk Ibu Tercapai

13/05/2018
0

PELAKON, Syafie Naswip meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila impian untuk membelikan rumah buat ibunya iaitu Noorsiah Ahmad, 53, tercapai....

“Kan Den Dah Kobaaaaaaa………!!!”

30/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Legenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau Ujang kecewa kerana filem yang diadaptasi daripada novel beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd