• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budaya Inovasi, Kreativiti Lonjakkan Malaysia Negara Maju

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia perlu pembudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten bagi melonjakkan negara menjadi negara maju menjelang 2020, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata inovasi telah menjadi tanda aras global yang mendorong kepada keupayaan penciptaan idea atau inisiatif strategik yang baharu, unik dan bermanfaat serta berfungsi sebagai pemangkin pembangunan ke arah kesejahteraan negara.

Katanya, namun, pelbagai idea mahupun inisiatif terbentuk bagi membantu merungkai permasalahan akibat peraturan dan prosedur lama yang sering kali menghalang sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan cekap.

“Kedudukan Malaysia di tangga ke-37 daripada 127 negara dari segi penarafan global berdasarkan Laporan Indeks Global 2017. Walaupun kita boleh berbangga, tetapi kita telah menurun dua anak tangga berbanding tahun lalu. Jadi, saya menyeru warga kementerian untuk sentiasa meningkatkan dan mereka cipta lebih banyak produk-produk inovasi.

Ini adalah bagi terus menjadi penanda aras di dalam negara tentang usaha membudayakan inovasi dan kreativiti dalam kerja harian sejajar dengan Pelan Transformasi Luar Bandar,” katanya ketika berucap pada Hari Inovasi KKLW yang bertemakan Inovasi Pemacu Transformasi Luar Bandar di sini hari ini.

Justeru, Ismail Sabri juga berkata penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan sekali gus memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi cabaran ke arah menjadi sebuah negara maju.

“Kita mesti seiring dengan senario global yang mana idea inovasi dan kreativiti akan menghasilkan transformasi ke arah lonjakan perubahan persekitaran sesebuah negara, mahupun organisasi yang lebih mencabar dari segi ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta warga KKLW agar sentiasa berfikir seperti orang Jepun dan Korea yang dikehendaki menzahirkan idea untuk meningkatkan produktiviti organisasi dan pembangunan negara pada setiap hari bekerja mereka.

“Jadi, warga kerja KKLW harus keluar daripada cara kerja yang jumud, dan tidak fleksibel kepada cara kerja baru yang lebih mesra rakyat dan bertindak di luar kelaziman. Inovasi yang dihasilkan bukan sekadar bertujuan menyertai pertandingan atau mendapat pengiktirafan semata-mata, tetapi tumpuan hendaklah diberikan kepada pengukuhan inovasi secara berterusan,” katanya.

Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri Kedua berhubung projek talian grid di bawah Program Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sabah yang mencatatkan prestasi tidak memuaskan Ismail Sabri berkata, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Borhan Dolah akan menjelaskan perkara itu kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri Kedua itu menyatakan dalam projek berkenaan terdapat penyambungan elektrik ke rumah yang tidak didiami, namun kementerian dimaklumkan penyambungan itu mendapat persetujuan bersama antara pihak kontraktor dan juga tuan rumah.

“Pemasangan kuasa elektrik itu dibuat berdasarkan permintaan penduduk, mereka memberi jaminan kepada kontraktor bahawa mereka akan membina rumah baharu. Oleh itu atas dasar kemanusiaan kontraktor membuat penyambungan namun perkara itu tidak diambil kira oleh Laporan Ketua Audit Negara. Laporan itu melihat kepada prosedur.

Kita juga melakukan tinjauan dari semasa ke semasa untuk memantau keadaan projek, apa yang kita lihat ada penduduk yang masih gagal membina rumah baharu walaupun selepas setahun, perkara itu disebabkan mereka masih kekurangan wang untuk membina rumah baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd