• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Disamun, Dipaksa Seks Oral Di Batu Pahat

oleh Ahmad Albab
09/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Sekumpulan penyamun terdiri daripada tiga lelaki bukan sahaja menyamun seorang wanita, malah seorang daripadanya memaksa wanita malang berkenaan melakukan seks oral.

Dalam kejadian jam 2 petang, 4 Disember lalu, di Kampung Parit Abdul Rahman, mangsa terpedaya dengan tindakan suspek yang meminta pertolongan daripadanya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku setelah mangsa didatangi suspek untuk bertanyakan arah dan menunjukkan lokasi Taman Puteri Indah.

Katanya, selepas itu mangsa bersetuju menghantar suspek ke lokasi dimaksudkan dengan motosikal milik mangsa.

“Dalam perjalanan ke lokasi, suspek mengarahkan mangsa memasuki sebuah ladang kelapa sawit dan kemudiannya menyamun mangsa dengan mengambil kesemua barangan milik mangsa.

“Mangsa yang tidak mengenali suspek diacu pisau dan di situ mangsa dicabul serta dipaksa melakukan seks oral.

“Mangsa kemudian diarah berlari sebelum kesemua suspek melarikan diri,” katanya semalam.

Menurut Din, seorang daripada suspek didapati turut terlibat dengan kejadian ragut yang berlaku di Jalan Mohd Akil, 26 Disember lalu.

Katanya, hasil siasatan, suspek pertama berjaya ditahan yang membawa kepada penangkapan dua lagi suspek di sekitar daerah ini.

“Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, kami percaya dapat menyelesaikan dua kes dilakukan kumpulan penyamun ini.

“Daripada ujian air kencing didapati kesemua suspek positif dadah dan direman sehingga 14 Januari untuk siasatan lanjut.

“Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan, Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: kes samunseks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd