• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Sekawan Sesat Di Gunung Datuk

oleh Ahmad Albab
08/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Hajat lima sekawan dari Melaka untuk menikmati keindahan puncak Gunung Datuk, dekat sini, berakhir dengan insiden mencemaskan apabila mereka dipercayai sesat setelah setengah jam pendakian, semalam.

Sinar Harian difahamkan, lima sekawan berusia 20-an itu, mula mendaftar nama di Pejabat Perhutanan Hutan Lipur Gunung Datuk kira-kira jam 9.22 pagi.

Sekitar jam 11.30 pagi, lima sekawan itu menghubungi agensi berkenaan untuk memaklumkan mereka tersasar dari laluan dan sehingga kini mereka masih belum ditemui.

Menurut Ketua Balai Bomba Rembau, Mohd Ridwan Abd Rahman, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat lima individu melibatkan empat wanita dan seorang lelaki dipercayai sesat sekitar jam 4.37 petang. Sebaik tiba di lokasi, pihak renjer sudah memulakan pencarian.

“Kita dimaklumkan mangsa menghubungi pihak renjer dan kali pertama dihubungi, mangsa menyatakan mereka berada berhampiran sungai. Mangsa juga cuba memberikan koordinat lokasi, namun mangsa tidak berjaya ditemui di lokasi berkenaan.

“Mangsa sekali lagi memberikan koordinat mereka dan menyatakan mereka sudah berada jauh dari sungai. Namun, terbaru mangsa menghubungi pihak penyelamat dan menyatakan ada antara mereka yang mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Tapak Kaki Gunung Datuk, dekat sini, semalam.

Dalam insiden berkenaan, lebih 30 individu terdiri daripada bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), renjer hutan dan juga penduduk menyertai operasi mencari mangsa.

Mohd Ridwan berkata, pihaknya akan memulakan operasi pencarian setelah pihak renjer turun.

“Kini kami berhadapan dengan kesukaran memandangkan air dari atas melimpah melalui trek Gunung Datuk susulan hujan lebat,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: gunungSesat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

09/03/2025
0

REMBAU - Tular video dua ekor tapir didakwa dilihat berkeliaran di sebuah taman perumahan di Taman Mawar Ehsan Pedas di...

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

20/09/2024
0

KUALA TERENGGANU : Terengganu mengikut jejak Perlis apabila memutuskan untuk menfatwakan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd